Tuesday, August 25, 2009

SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN MALAYSIA

Tiga buah badan utama membentuk Sistem Pemerintahan Kerajaan Malaysia iaitu:
  • Badan Perundangan(legislative). Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh memiliki kuasa;
  • Badan Pemerintah(Executive). Badan ini hanya melaksanakan kuasa eksekutif. Ia tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman;
  • Badan kehakiman (Judicial). Badan ini hanya melaksanakan tugas penghakiman. Ia tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif.
Tiga buah badan ini mempunyai kuasa, peranan dan bidang tugas yang tersendiri. Namun begitu, walaupun berasingan, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah saling berkait antara satu sama lain kerana Negara Malaysia mengamalkan sistem Kerajaan yang ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Hanya Badan Kehakiman sahaja yang berasingan dan bagi menjamin fungsi keadilan di negara ini, Badan Kehakiman bebas dari pengaruh politik.

a) Badan Perundangan atau Parlimen Malaysia mengandungi tiga komponen utama iaitu;
i) Yang Dipertuan Agong
ii) Dewan Negara
iii) Dewan Rakyat
i
i)Yang Dipertuan Agong(YDA)

YDA adalah komponen utama dalam parlimen Malaysia. Baginda tidak menghadiri persidangan parlimen. YDA hanya bertitah di pembukaan rasmi penggal Parlimen. Baginda memiliki kuasa memanggil, membatal dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan kuasa-kuasa ini, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri.

ii) Dewan Negara

Dewan Negara adalah komponen kedua dalam Parlimen Malaysia. Ia juga merupakan Majlis Tertinggi atau Senat. Fungsi utama Dewan Negara ialah membahaskan rang undang-undang dengan lebih halus dan terperinci. Di samping itu, Senat juga membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 45, Dewan Negara hendaklah dianggotai oleh 70 orang ahli. keanggotaan ini hendaklah terdiri daripada 26 orang ahli Dewan Undangan negeri iaitu dua orang wakil dari setiap negeri, dua wakil WP Kuala Lumpur, satu WP Labuan dan satu wakil WP Putrajaya. Mereka dilantik oleh YDA. Seramai 40 orang ahli yang lain akan dilantik oleh YDA. Mereka merupakan orang yang telah membuat jasa yang cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mencapai tahap kepujian dalam lapangan profesional, perundangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat. Seseorang ahli Dewan Negara akan memegang jawatan selama tiga tahun dan boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan.
Sekiranya seseorang tidak hadir dalam setiap mesyuarat selama 6 bulan, Dewan boleh mengisytiharkan tempat ahli tersebut adalah kosong. Setiap ahli dewan akan mengangkat sumpah sebelum mengambil tempat. Yang Dipertua dan Timbalan dilantik dari kalangan ahli dewan itu sendiri. Mengikut Perlembagaan 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan rakyat sebelum dikemukakan kepada YDA. Namun begitu Dewan Negara mempunyai kuasa menangguhkan rang undang-undang itu.

3. Dewan Rakyat

Kesemua ahli Dewan rakyat dipilih melalui sistem pilihanraya. Ahli Dewan tidak boleh mewakili dua kawasan Pilihanraya atau menjadi ahli dewan negara dan dewan rakyat sekaligus. Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat hendaklah dianggotai oleh 209 ahli daripada 13 buah negeri dalam persekutuan, 11 ahli daripada WP Kuala Lumpur, seorang daripada WP Labuan dan seorang daripada WP Putrajaya. Setiap warganegara Malaysia berumur 21 tahun layak menjadi ahli Dewan Rakyat, melainkan orang tersebut hilang kelayakkan menurut perkara 48 perlembagaan Persekutuan. Tempoh jawatan ahli Dewan rakyat akan berakhir jika parlimen dibubar.Ahli Dewan rakyat boleh berhenti dengan mengutus surat yang ditandatangani oleh ahli itu sendiri. Jika ahli tidak datang selama tempoh 6 bulan dalam persidangan, majlis boleh mengisytiharkan kerusinya kosong. Yang Dipertua dewan boleh dipilih dari kalangan ahli dewan atau seseorang yang lain yang layak dipilih.Beliau akan menjadi ahli dewan tambahan tetapi tidak layak dilantik menjadi Perdana Menteri, TPM atau menteri.Beliau juga tidak boleh mengundi dalam perbahasan di dalam dewan rakyat.


baca lagi......

Sunday, August 23, 2009

1 MALAYSIA

LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN KE 52




baca lagi......

PERLEMBAGAAN

Perlembagaan adalah satu set peraturan atau undang-undang, sama ada bertulis atau tidak bertulis. Perlembagaan menentukan pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan. perlembagaan undang-undang tertinggi negara kita..Siri 2 - Perlembagaan





baca lagi......

SUKATAN PELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL 1

Sukatan Pelajaran Pengajian Sosial 1

Harap maaf, sukatan pelajaran Pengajian Sosial adalah dokumen terkawal.



baca lagi......

PENGAJIAN SOSIAL - MATLAMAT & OBJEKTIF

PENGENALAN

Kandungan Sukatan Pelajaran bidang Pengajian Sosial terdiri daripada bidang Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan yang digubal bagi Kursus Persediaan Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah.Bidang ini merangkumi Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan yang mengkaji pola interaksi manusia dalam pelbagai budaya. Dalam usaha ke arah mewujudkan kesejahteraan hidup sebagai ahli masyarakat, kita perlu mengintegrasikan disiplin Sosiologi, Sejarah, Ekonomi, Geografi, dan Sains Politik untuk menjadikan pengajian ini menyeluruh dan berkait rapat dengan kehidupan manusia sejagat.

Pengajian bidang ini dapat menjelaskan kepentingan hidup bermasyarakat dengan memahami norma dan peraturan yang perlu diwujudkan serta peranan sosial yang perlu dimantapkan. Melalui bidang ini individu menyedari akan kepentingan berinteraksi secara berkesan ke arah mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab, harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif, dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.

Pengetahuan dalam disiplin Geografi akan memperkukuhkan lagi kefahaman tentang wujudnya interaksi manusia dan alam sekitar serta kefahaman bagaimana kita perlu menjaga dan memelihara demi kesejahteraan dan mengekalkan kelestariannya untuk generasi masa depan.

Semangat patriotik dan kecintaan kepada negara perlu ditanam dan disemai dalam jiwa setiap warga negara. Pengetahuan tentang sejarah kenegaraan akan dapat membina serta membentuk jati diri yang kental. Untuk itu adalah sesuai pelajar didedahkan dengan teori Sains Politik asas untuk melihat kaitannya dengan sistem politik semasa.

Dalam mewujudkan kestabilan kehidupan, masyarakat perlu melaksanakan aktiviti ekonomi berdasarkan sumber yang terhad dan teknologi yang sentiasa bersaing. Dengan ini perlu dikaji kaitan tentang kecekapan mengurus sumber serta kepentingan memenuhi keperluan manusia yang tidak terbatas. Pelbagai jenis sistem ekonomi dan peranan kerajaan dalam menangani masalah ekonomi agar kestabilan masyarakat dapat dicapai didedahkan kepada pelajar. Kesedaran untuk mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dan penjagaan alam akan memberi pengukuhan kepada kepentingan interaksi positif di kalangan manusia sebagai ahli masyarakat di semua peringkat.

Kursus ini juga memberi peluang untuk pelajar mengaitkan aspek teori dengan isu kontemporari yang timbul dan interaksi masyarakat dan mencadangkan beberapa cara penyelesaiannya.

MATLAMAT

Kurikulum Bidang Pengajian Sosial Kursus Persediaan bermatlamat untuk memberi kefahaman tentang perkembangan kehidupan masyarakat dalam konteks masa, ruang, ekonomi, dan politik untuk mewujudkan masyarakat harmoni, maju, dan mempunyai pemikiran rasional dalam membuat keputusan. Ini dilakukan melalui interaksi yang seimbang dengan masyarakat dan persekitarannya ke arah kesejahteraan hidup, negara, dan dunia.

OBJEKTIF

Sukatan Pelajaran Pengajian Sosial digubal untuk membolehkan pelajar:

i. menghubungkaitkan disiplin ilmu dalam Pengajian Sosial dengan kehidupan seharian individu dan masyarakat;

ii. meningkatkan kefahaman berkenaan sistem sosial melalui budaya dan nilai hidup masyarakat berbilang kaum untuk mewujudkan integrasi nasional;

iii. menghubungkaitkan sejarah perkembangan negara dengan pembinaan negara bangsa;

iv. mengaitkan kejadian alam sekitar dengan perkembangan sosial ekonomi masyarakat;

v. menjelaskan prinsip ekonomi asas dan mengaitkan aktiviti ekonomi dengan pembangunan sosial dan pembangunan negara;

vi. mengaplikasikan pengetahuan Pendidikan Alam Sekitar dalam kehidupan; dan

vii. menanam semangat patriotisme.



baca lagi......

ASAS NEGARA MERDEKA


Asas_Negara_Merdeka_Siri_1


baca lagi......

Saturday, August 22, 2009

PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN

PENGENALAN

Perkembangan kerajaan tempatan sebelum Perang Dunia II dikhususkan ke daerah bandar sedangkaan kawasan luar bandar adalah ditadbir oleh kerajaan negeri melalul Pegawal Daerah. Semenjak itu kerajaan tempatan mengalami perubahan yang besar di mana banyak kawasan-kawasan luar bandar telah diwartakan di bawah pengawasan pihak berkuasa tempatan. Ini disebabkan banyak bandar-bandar baru wujud di kawasan-kawasan luar bandar dan terdapat keperluan untuk mengawal dan merancang corak bentuk bandar. Tambahan pula masyarakat kini lebih memahami fungsi dan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dalam memberi perkhidmatan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Sebelum penyusunan semula dibuat, struktur kerajaan tempatan dari 1950 - 1976 ialah seperti berikut:

• Majlis Bandaraya dan Perbandaran
• Lembaga Bandaran
• Majlis Bandaran
• Majlis Daerah Luar Bandar
• Majlis Tempatan

MAJLIS BANDARAYA DAN PERBANDARAN
Majlis Perbandaran mempunyai sistem pentadbiran yang terbaik bagi Kerajaan Tempatan di Malaysia.. Terdapat empat Majlis Perbandaran di Malaysia Barat, iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Melaka. Keempat-empatnya mempunyai kuasa autonomi terhadap pentadbiran kewangannya.

Majlis ini memberi perkhidmatan seperti kesihatan umum, aktiviti kesenian, perancangan bandar, perusahaan awam, kerjaraya, pembangunan, senitaman, perparitan, pengangkutan awam dan lain-lain kemudahan. Mereka bergantung kepada samada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bagi memberi bantuan kewangan atau nasihat yang sewajarnya bagi melaksanakan dasar atau polisi berkaitan dengan kerajaan tempatan seperti yang dinyatakan tadi kesemua Majlis Perbandaran mempunyai kuasa untuk menyimpan lebihan hasil dan juga mempunyai kebebasan membuat sebarang perbelanjaan. Majlis ini merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang boleh mendakwa dan didakwa, memperolehi, memegang dan menjual harta dan amnya boleh melakukan dan menjalankan apa-apa perbuatan dan perkara sepertimana yang dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan perbadanan. Semua perbelanjaannya dan pinjaman dibuat mestilah mendapat kebenaran dari pihak Kerajaan Negeri.

LEMBAGA BANDARAN DAN MAJLIS BANDARAN
Lembaga Bandaran dan Majlis Bandaran tidaklah sebebas Majlis Perbandaran dan lembaga ini terpaksa bergantung kepada Kerajaan Negeri untuk menentukan bentuk perkhidmatannya kerana lembaga ini tidak mempunyai sumber kewangannya dan juga kurang kakitangan.

Kebiasannya, Presiden atau Pengerusi Majlis Bandaran ialah Pegawai Daerah. Beliau bertanggungjawab terhadap pentadbiran seharian bagi majlis tersebut. Lain-lain ahli. Ex-officio yang dilantik atas nama jawatan seperti Pegawai Kesihatan Daerah, Jurutera Daerah (JKR),Jurutera Kanan Daerah (JPT) dan lain-lain adalah merupakan penasihat tetapi bagi tujuan perlaksanaan, ahli ex-officio ini diwartakan sebagai Pegawai Majlis.

Secara amnya, Majlis ini juga bergantung kepada Kerajaan Negeri bagi mendapat nasihat berkaitan dengan aspek perundangan dan juga bantuan teknikal bagi melaksanakan tugas-tugas tersebut. Walaupun ahli-ahli Majlis ini mempunyai kebebasan bagi menentukan polisi dan membuat keputusan, tetapi sekiranya terdapat percanggahan Pengerusi mempunyai kata pemutus.

MAJLIS DAERAH LUAR BANDAR

Sebagaimana Majlis Bandaran, Majlis Daerah Luar Bandar mempunyai tugas yang sama. Perbezaannya ialah lingkungan ‘judisdiction’ terhadap pentadbirannya iaitu di luar kawasan bandar. Majlis Daerah Luar Bandar terdapat di Melaka, Sabah dan Sarawak. Majlis ini bergantung kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi membantu dari segi kewangan, teknikal dan lain-lain.
Majlis tempatan

Kewujudan Majlis Tempatan adalah disebabkan hasrat kerajaan untuk menghapuskan kegiatan pengganas komunis. Sebahagian besar darlpada penduduk luar bandar ditempatkan semula di kampung-kampung baru sebagai langkah menghalang penduduk tersebut memberi sokongan material dan moral kepada pengganas komunis. Kampung-kampung baru ini memerlukan pentadbiran dan perkhidmatan kepada penduduk setempatnya. Dengan itu Majlis Tempatan diwujudkan. Majlis Tempatan menjalankan tugas sebagaimana kerajaan tempatan yang lain seperti kesihatan umum, perhubungan dan juga bekalan air. Kebanyakan MajIis Tempatan berjaya mempelbagaikan perkhidmatan yang mana menyumbang ke arah penstabilan pentadbiran majlis tersebut. Setelah penyusunan semula dibuat, penguasa tempatan dibentuk hanya kepada dua iaitu Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah


KESIMPULAN

Pentadbiran Kerajaan Tempatan penting kerana ia terlibat secara langsung dengan kehidupan masyarakat. Satu sistem pentadbiran Kerajaan Tempatan yang berkesan , amanah dan cekap penting bagi melahirkan satu sistem yang berkualiti. Mailis atau kerajaan tempatan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada penduduk dan pembayar cukai. Majlis perlu bersifat peka dan bertanggungjawab terhadap segala tindakan, dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan tempatan.
baca lagi......

SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA

Negara Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berperlembagaan. Bidangkuasa Raja, Parlimen, Jemaah Menteri dan lain-lain organisasi pemerintahan disebut dalam Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan dari Perjanjian Persekutuan 1948. Walaupun telah melalui banyak pindaan sejak pembentukannya, tetapi Perjanjian Persekutuan 1948 telah menjadi asas Perlembagaan Persekutuan 1957. Apabila terbentuknya Malaysia, perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Nama Perekutuan pula telah ditukar kepada Persekutuan Malaysia.



KEISTIMEWAAN SISTEM PERSEKUTUAN

Sistem Persekutuan bermaksud pemerintahan negara dibahagikan kepada dua peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Sistem Persekutuan ini mempunyai kelebihan berbanding dengan sistem Unitari kerana dengan pembahagian kuasa, Kerajaan negeri akan memiliki autonomi dalam beberapa perkara yang diperuntukkan kepadanya di dalam senarai negeri. Di dalam setiap negerl pula wujud Kerajaan Tempatan yang berkuasa membuat undang-undang kecil tempatan. Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan boleh mencari sumber kewangan mereka sendiri untuk membiayai kos operasi pentadbiran dan perbelanjaan pembangunan.


HUBUNGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Menurut sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia Kerajaan persekutuan mempunya kuasa yang lebih besar berbanding dengan Kerajaan Negeri. Untuk mengelakkan pergeseran antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri yang berpunca dari konflik kepentingan politik, bidangkuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di Malaysia telah diperuntukkan dalan Bahagian 6 Perlembagaan Persekutuan, Perkara 73 hingga 95E. Bahagian tersebut menghuraikan hubungan antara Persekutuan dan Negeri yang terbahagi kepada Senarai 1, Senarai 2 dan Senarai 3.

SENARAI 1: SENARAI PERSEKUTUAN

1. Hal ehwal luar negeri
2. Pertahanan
3. Keselamatan dalam negeri
4. Undang-undang acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan.
5. Kewarganegaraan dan kemasukan orang asing.
6. Jentera Kerajaan
7. Kewangan
8. Trade, perdagangan dan perusahaan
9. Perkapalan, pelayaran dan perikanan
10. Perhubungan dan pengangkutan
11. Kerja-kerja Persekutuan dan kuasa
12. Tinjauan, siasatan dan penyelidikan
13. Pelajaran
14. Ubat dan kesihatan termasuk kebersihan di ibu kota Persekutuan
15. Buruh dan keselamatan sosial
16. Kebajikan orang asli
17. Pekerjaan-pekerjaan professional, lain daripada yang disebutkan dengan tertentu.
18. Hari-hari kelepasan lain daripada hari-hari kelepasan Negeri;piawai waktu
19. Pertubuhan-pertubuhan yang tidak diperbadankan
20. Kawalan mengenai musuh tanaman
perlindungan daripada musuh itu; mencegah penyakit-penyakit pokok
21. Akhbar, penerbitan;penerbit; percetakan dan alat cetak-mencetak
22. Penapisan
23. Panggung-wayang; wayang gambar, filem wayang gambar; tempat hiburan awam
24. Syarikat kerjasama
25. Pelancongan
26. Mencegah dan memadam kebakaran
27. Hal-hal berkaitan Wilayah Persekutuan

SENARAI 2: SENARAI NEGERI

1. Hukum Syarak, Undang-undang diri dan keluarga Islam
2. Tanah
3. Pertanian dan perhutanan
4. Kerajaan Tempatan
5. Perkhidmatan bercorak tempatan
6. Kerja-kerja Negeri dan kerja-kerja air
7. Jentera Kerajaan negeri
8. Hari kelepasan Negeri
9. Kesalahan-kesalahan mengenai apa-apa pekara termasuk di dalam Negeri
10. Siasatan bagi maksud negeri
11. Lepas tanggungan mengenai apa-apa perkara yang ada dalam Senarai Negeri
12. Penyu dan penangkapan ikan di sungai

Tambahan-Malaysia Timur
13. Undang-undang adat Bumiputera
14. Perbadan pihak-pihak berkuasa dari lain-lain badan yang ditubuhkan oleh undang-undang negeri
15. Port dan Pelabuhan lain daripada yang dipunyai Kerajaan Persekutuan
16. Ukuran tanah kadestra
17. Keretapi Sabah


SENARAI 3: SENARAI BERSAMA

1. Kebajikan masyarakat perkhidmatan masyarakat
2. Biasiswa
3. Perlindungan bagi binatang-binatang liar dan burung-burung liar taman Negara
4. Ternakan binatang; mencegah perbuatan aniaya kepada haiwan; perkhidmatan kerantina haiwan
5. Perancangan bandar dan kampung
6. Kuturayau dan penjaja-penjaja beredar
7. Kesihatan awam, kebersihan dan mencegah penyakit-penyakit
8. Perparitan dan pengairan
9. Pemulihan tanah lombong dan tanah yang telah binasa oleh hakisan tanah
10. Langkah-langkah kebakaran dan langkah-langkah berjaga-jaga kebakaran dalam pembinaan dan penyelenggaraan
bangunan
11. Sukan dan kebudayaan
12. Perumahan peruntukan perumahan
Tambahan Malaysia Timur
13. Undang-undang diri dan keluarga
14. Pencemaran barangan
15. Perkapalan berat kurang 15 tan, dengan penumpang dan barangan perikanan laut dan muara sungai
16. Pengeluaran pembahagian dan bekalan kuasa air dan letrik yang dijanakuasa oleh air
17. Penyelidikan pertanian dan perhutanan
18. Panggung-wayang; wayang gambar, filem wayang gambar; tempat hiburan awam
19. Khairat Negeri
20. Pilihanraya bagi DUN
21. Ubat dan kesihatan di Sabah



baca lagi......

Saturday, August 1, 2009

KERJA KURSUS PENGAJIAN SOSIAL 1

Bahagian A: Sejarah Malaysia (100% dan wajaran 50%)

”Sejarah itu mempunyai peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup matinya sesebuah negara itu. Sesebuah negara seperti juga seorang insan, memerlukan masa depan yang kadangkala dirancang supaya mewujudkan perasaan kesejahteraan bagi penduduknya.” – Mohd Yusof Ibrahim (1997)

Berdasarkan pernyataan di atas, hasilkan satu buku skrap tentang kepentingan sejarah kepada masyarakat manusia dan sesebuah negara.

Sub-tugasan
1. Kumpul maklumat berkaitan kepentingan Sejarah kepada manusia dan negara
2. Tafsir maklumat tersebut dan terangkan bagaimana sejarah merancang pembangunan sesebuah negara khususnya pembangunan manusia dan perkembangan kemajuan.
3. Dengan mengambil contoh negara Malaysia, nyatakan bagaimana sejarah memainkan peranan terhadap apa yang berlaku kepada negara Malaysia pada hari ini.
4. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut:
i. Pengertian Sejarah
ii. Kepentingan Sejarah kepada manusia
iii. Kepentingan Sejarah kepada sesebuah negara
iv. Kaitan sejarah dan pembangunan manusia sesebuah negara
v. Kaitan sejarah dan pembangunan kemajuan sesebuah negara


TARIKH AKHIR SERAHAN : 11 SEPTEMBER 2009



baca lagi......

KESULTANAN MELAYU MELAKA

ASAL-USUL MELAKA
Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang Putera dari Palembang(Keturunan Raja2 Sailendra).Majapahit menyerang Palembang kerana Palembang tidak tunduk kepada kerajaan Majapahit. Paramewara lari ke Temasik(Singapura) dan membunuh Raja Temagi dan menjadi Raja Temasik dalam masa 5 tahun. Siam di bawah Kerajaan Ayuthya marah dan menyerang Parameswara di Siam. Parameswara lari ke Muar dan menetap selama 6 tahun, kemudian ke Sg Bertam(MELAKA). Sejarah Melaka – dibuka pada 1400 berdasarkan nama pokok. Parameswara kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Melaka dengan gelaran Raja Iskandar Shah.Pembukaan Melaka telah myebabkan Melaka menjadi pusat persinggahan pedagang2 China, India dan Arab.

PERKEMBANGAN MELAKA
• Melaka pada mulanya adalah sebuah perkampungan Nelayan yang kecil.
• Kegemilangan Melaka banyak bergantung kepada:
- lokasinya yang strategik.
- Selamat dari ancaman angin monsoon
- Sesuai untuk kapal-kapal besar berlabuh
- Terletak berhampiran lombong bijih timah dan rempah ratus
- Pentadbiran yang cekap dan tersusun
- Pelaksanaan undang2 yang kemas iaitu Undang2 Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka
- Pelaksanaan sistem cukai yang teratur iaitu system cukai berkeutamaan
- Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaran
- Penggunaan Matawang dalam hal ehwal perdagangan

SISTEM PENTADBIRAN KESULTANAN MELAKA
1) Sultan
2) Majlis tertinggi
3) Bendahara
4) Temenggung
5) Laksamana
6) Penghulu Bendahari
7) Pembesar-pembesar negeri yang bergelar Seri(lapan orang) termasuk Syahbandar
8) Pembesar-pembesar Rendah yang bergelar raja (16 orang)
9) Pembesar peringkat rendah (32 orang)

HUBUNGAN KESULTANAN MELAKA DENGAN CHINA
Parameswara telah mjalinkan hubungan rapat dengan China.Kerajaan Ming dibawah Maharaja Yung Lo telah mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka.Hubungan ini menyebabkan kerajaan Siam dan Srivijaya tidak berani mengugat Melaka.Pada 1409, Maharaja China telah mengutuskan Laksamana Cheng Ho ke Melaka untuk mengeratkan perhubungan Melaka dan China. Pada tahun 1414, Parameswara mangkat dan digantikan oleh Sultan Mahkota Iskandar Syah. Hubungan China-Melaka terus terjalin apalagi apabila Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, anak maharaja China.


SULTAN DAN BENDAHARA MELAKA

SENARAI SULTAN MELAKA
1) Parameswara (Iskandar Syah) - (1400-1414)
2) Sultan Mahkota Iskandar Syah - (1414-1424)
3) Seri Maharaja(Sultan Muhammad Syah)- (1414-1444)
4) Parameswara Dewa Syah (Raja Ibrahim)- (1444-1445)
5) Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) - (1445-1459)
6) Sultan Mansor Syah - (1459-1477)
7) Sultan Alaudin Riayat Syah - (1477-1488)
8) Sultan Mahmud Syah - (1488-1511)
9) Sultan Ahmad Syah (Mati dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah) - (1511-)

BENDAHARA TAHUN PEMERINTAHAN
1) Seriwa Raja (Bapa Tun Perak) - (1445)
2) Tun Ali - (1445–1456)
3) Tun Perak - (1456–1498)
4) Tun Mutahir - (1500-1510)
5) Paduka Tuan - (1510-1511)





baca lagi......

KAMUS FREE