Saturday, August 22, 2009

PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN

PENGENALAN

Perkembangan kerajaan tempatan sebelum Perang Dunia II dikhususkan ke daerah bandar sedangkaan kawasan luar bandar adalah ditadbir oleh kerajaan negeri melalul Pegawal Daerah. Semenjak itu kerajaan tempatan mengalami perubahan yang besar di mana banyak kawasan-kawasan luar bandar telah diwartakan di bawah pengawasan pihak berkuasa tempatan. Ini disebabkan banyak bandar-bandar baru wujud di kawasan-kawasan luar bandar dan terdapat keperluan untuk mengawal dan merancang corak bentuk bandar. Tambahan pula masyarakat kini lebih memahami fungsi dan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dalam memberi perkhidmatan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Sebelum penyusunan semula dibuat, struktur kerajaan tempatan dari 1950 - 1976 ialah seperti berikut:

• Majlis Bandaraya dan Perbandaran
• Lembaga Bandaran
• Majlis Bandaran
• Majlis Daerah Luar Bandar
• Majlis Tempatan

MAJLIS BANDARAYA DAN PERBANDARAN
Majlis Perbandaran mempunyai sistem pentadbiran yang terbaik bagi Kerajaan Tempatan di Malaysia.. Terdapat empat Majlis Perbandaran di Malaysia Barat, iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Melaka. Keempat-empatnya mempunyai kuasa autonomi terhadap pentadbiran kewangannya.

Majlis ini memberi perkhidmatan seperti kesihatan umum, aktiviti kesenian, perancangan bandar, perusahaan awam, kerjaraya, pembangunan, senitaman, perparitan, pengangkutan awam dan lain-lain kemudahan. Mereka bergantung kepada samada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bagi memberi bantuan kewangan atau nasihat yang sewajarnya bagi melaksanakan dasar atau polisi berkaitan dengan kerajaan tempatan seperti yang dinyatakan tadi kesemua Majlis Perbandaran mempunyai kuasa untuk menyimpan lebihan hasil dan juga mempunyai kebebasan membuat sebarang perbelanjaan. Majlis ini merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang boleh mendakwa dan didakwa, memperolehi, memegang dan menjual harta dan amnya boleh melakukan dan menjalankan apa-apa perbuatan dan perkara sepertimana yang dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan perbadanan. Semua perbelanjaannya dan pinjaman dibuat mestilah mendapat kebenaran dari pihak Kerajaan Negeri.

LEMBAGA BANDARAN DAN MAJLIS BANDARAN
Lembaga Bandaran dan Majlis Bandaran tidaklah sebebas Majlis Perbandaran dan lembaga ini terpaksa bergantung kepada Kerajaan Negeri untuk menentukan bentuk perkhidmatannya kerana lembaga ini tidak mempunyai sumber kewangannya dan juga kurang kakitangan.

Kebiasannya, Presiden atau Pengerusi Majlis Bandaran ialah Pegawai Daerah. Beliau bertanggungjawab terhadap pentadbiran seharian bagi majlis tersebut. Lain-lain ahli. Ex-officio yang dilantik atas nama jawatan seperti Pegawai Kesihatan Daerah, Jurutera Daerah (JKR),Jurutera Kanan Daerah (JPT) dan lain-lain adalah merupakan penasihat tetapi bagi tujuan perlaksanaan, ahli ex-officio ini diwartakan sebagai Pegawai Majlis.

Secara amnya, Majlis ini juga bergantung kepada Kerajaan Negeri bagi mendapat nasihat berkaitan dengan aspek perundangan dan juga bantuan teknikal bagi melaksanakan tugas-tugas tersebut. Walaupun ahli-ahli Majlis ini mempunyai kebebasan bagi menentukan polisi dan membuat keputusan, tetapi sekiranya terdapat percanggahan Pengerusi mempunyai kata pemutus.

MAJLIS DAERAH LUAR BANDAR

Sebagaimana Majlis Bandaran, Majlis Daerah Luar Bandar mempunyai tugas yang sama. Perbezaannya ialah lingkungan ‘judisdiction’ terhadap pentadbirannya iaitu di luar kawasan bandar. Majlis Daerah Luar Bandar terdapat di Melaka, Sabah dan Sarawak. Majlis ini bergantung kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi membantu dari segi kewangan, teknikal dan lain-lain.
Majlis tempatan

Kewujudan Majlis Tempatan adalah disebabkan hasrat kerajaan untuk menghapuskan kegiatan pengganas komunis. Sebahagian besar darlpada penduduk luar bandar ditempatkan semula di kampung-kampung baru sebagai langkah menghalang penduduk tersebut memberi sokongan material dan moral kepada pengganas komunis. Kampung-kampung baru ini memerlukan pentadbiran dan perkhidmatan kepada penduduk setempatnya. Dengan itu Majlis Tempatan diwujudkan. Majlis Tempatan menjalankan tugas sebagaimana kerajaan tempatan yang lain seperti kesihatan umum, perhubungan dan juga bekalan air. Kebanyakan MajIis Tempatan berjaya mempelbagaikan perkhidmatan yang mana menyumbang ke arah penstabilan pentadbiran majlis tersebut. Setelah penyusunan semula dibuat, penguasa tempatan dibentuk hanya kepada dua iaitu Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah


KESIMPULAN

Pentadbiran Kerajaan Tempatan penting kerana ia terlibat secara langsung dengan kehidupan masyarakat. Satu sistem pentadbiran Kerajaan Tempatan yang berkesan , amanah dan cekap penting bagi melahirkan satu sistem yang berkualiti. Mailis atau kerajaan tempatan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada penduduk dan pembayar cukai. Majlis perlu bersifat peka dan bertanggungjawab terhadap segala tindakan, dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan tempatan.

No comments:

Post a Comment

KAMUS FREE