Saturday, August 22, 2009

SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA

Negara Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berperlembagaan. Bidangkuasa Raja, Parlimen, Jemaah Menteri dan lain-lain organisasi pemerintahan disebut dalam Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan dari Perjanjian Persekutuan 1948. Walaupun telah melalui banyak pindaan sejak pembentukannya, tetapi Perjanjian Persekutuan 1948 telah menjadi asas Perlembagaan Persekutuan 1957. Apabila terbentuknya Malaysia, perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Nama Perekutuan pula telah ditukar kepada Persekutuan Malaysia.



KEISTIMEWAAN SISTEM PERSEKUTUAN

Sistem Persekutuan bermaksud pemerintahan negara dibahagikan kepada dua peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Sistem Persekutuan ini mempunyai kelebihan berbanding dengan sistem Unitari kerana dengan pembahagian kuasa, Kerajaan negeri akan memiliki autonomi dalam beberapa perkara yang diperuntukkan kepadanya di dalam senarai negeri. Di dalam setiap negerl pula wujud Kerajaan Tempatan yang berkuasa membuat undang-undang kecil tempatan. Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan boleh mencari sumber kewangan mereka sendiri untuk membiayai kos operasi pentadbiran dan perbelanjaan pembangunan.


HUBUNGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Menurut sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia Kerajaan persekutuan mempunya kuasa yang lebih besar berbanding dengan Kerajaan Negeri. Untuk mengelakkan pergeseran antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri yang berpunca dari konflik kepentingan politik, bidangkuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di Malaysia telah diperuntukkan dalan Bahagian 6 Perlembagaan Persekutuan, Perkara 73 hingga 95E. Bahagian tersebut menghuraikan hubungan antara Persekutuan dan Negeri yang terbahagi kepada Senarai 1, Senarai 2 dan Senarai 3.

SENARAI 1: SENARAI PERSEKUTUAN

1. Hal ehwal luar negeri
2. Pertahanan
3. Keselamatan dalam negeri
4. Undang-undang acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan.
5. Kewarganegaraan dan kemasukan orang asing.
6. Jentera Kerajaan
7. Kewangan
8. Trade, perdagangan dan perusahaan
9. Perkapalan, pelayaran dan perikanan
10. Perhubungan dan pengangkutan
11. Kerja-kerja Persekutuan dan kuasa
12. Tinjauan, siasatan dan penyelidikan
13. Pelajaran
14. Ubat dan kesihatan termasuk kebersihan di ibu kota Persekutuan
15. Buruh dan keselamatan sosial
16. Kebajikan orang asli
17. Pekerjaan-pekerjaan professional, lain daripada yang disebutkan dengan tertentu.
18. Hari-hari kelepasan lain daripada hari-hari kelepasan Negeri;piawai waktu
19. Pertubuhan-pertubuhan yang tidak diperbadankan
20. Kawalan mengenai musuh tanaman
perlindungan daripada musuh itu; mencegah penyakit-penyakit pokok
21. Akhbar, penerbitan;penerbit; percetakan dan alat cetak-mencetak
22. Penapisan
23. Panggung-wayang; wayang gambar, filem wayang gambar; tempat hiburan awam
24. Syarikat kerjasama
25. Pelancongan
26. Mencegah dan memadam kebakaran
27. Hal-hal berkaitan Wilayah Persekutuan

SENARAI 2: SENARAI NEGERI

1. Hukum Syarak, Undang-undang diri dan keluarga Islam
2. Tanah
3. Pertanian dan perhutanan
4. Kerajaan Tempatan
5. Perkhidmatan bercorak tempatan
6. Kerja-kerja Negeri dan kerja-kerja air
7. Jentera Kerajaan negeri
8. Hari kelepasan Negeri
9. Kesalahan-kesalahan mengenai apa-apa pekara termasuk di dalam Negeri
10. Siasatan bagi maksud negeri
11. Lepas tanggungan mengenai apa-apa perkara yang ada dalam Senarai Negeri
12. Penyu dan penangkapan ikan di sungai

Tambahan-Malaysia Timur
13. Undang-undang adat Bumiputera
14. Perbadan pihak-pihak berkuasa dari lain-lain badan yang ditubuhkan oleh undang-undang negeri
15. Port dan Pelabuhan lain daripada yang dipunyai Kerajaan Persekutuan
16. Ukuran tanah kadestra
17. Keretapi Sabah


SENARAI 3: SENARAI BERSAMA

1. Kebajikan masyarakat perkhidmatan masyarakat
2. Biasiswa
3. Perlindungan bagi binatang-binatang liar dan burung-burung liar taman Negara
4. Ternakan binatang; mencegah perbuatan aniaya kepada haiwan; perkhidmatan kerantina haiwan
5. Perancangan bandar dan kampung
6. Kuturayau dan penjaja-penjaja beredar
7. Kesihatan awam, kebersihan dan mencegah penyakit-penyakit
8. Perparitan dan pengairan
9. Pemulihan tanah lombong dan tanah yang telah binasa oleh hakisan tanah
10. Langkah-langkah kebakaran dan langkah-langkah berjaga-jaga kebakaran dalam pembinaan dan penyelenggaraan
bangunan
11. Sukan dan kebudayaan
12. Perumahan peruntukan perumahan
Tambahan Malaysia Timur
13. Undang-undang diri dan keluarga
14. Pencemaran barangan
15. Perkapalan berat kurang 15 tan, dengan penumpang dan barangan perikanan laut dan muara sungai
16. Pengeluaran pembahagian dan bekalan kuasa air dan letrik yang dijanakuasa oleh air
17. Penyelidikan pertanian dan perhutanan
18. Panggung-wayang; wayang gambar, filem wayang gambar; tempat hiburan awam
19. Khairat Negeri
20. Pilihanraya bagi DUN
21. Ubat dan kesihatan di Sabah



No comments:

Post a Comment

KAMUS FREE