Wednesday, October 14, 2009

KEBANGKITAN NASIONALISME DI NEGARA INI

PENGENALAN
Dalam konteks Tanah Melayu atau British Malaya seperti yang disebut oleh pihak penjajah, maka rakyat sedar bahawa mereka berada di belenggu penjajahan British. Perlu ditegaskan bahawa semangat kebangsaan pada awal kurun ke 20 itu wujud di kalangan orang melayu. Ini kerana sehingga perang dunia ke-2, kaum-kaum cina dan india mempunyai kiblat taat setia yang tidak serupa. Kiblat taat setia orang melayu ialah terhadap tanah melayu, taat setia orang cina ialah terhadap negera cina dan taat setia orang india adalah terhadap negara india. Maka orang melayu sahaja yang memikul tanggungjawab untuk membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajah British pada tahap tahap awal.
Secara umumnya, gerakan kesedaran di Tanah Melayu timbul serentakdengan permulaan Gerakan Reformis Islam di Tanah Melayu. Orang Melayu mula sedar akan kemunduran mereka berbanding dengan kaum lain. Dalam pembentukan dan memerdekakan sesebuah negara, peperangan dan keganasan tidak dapat dielakkan. Di negara kita, Malaysia sebelum kemerdekaan banyak berlaku keganasan demi untuk kemerdekaan. Semenjak Melaka dijajah pada 24 ogos 1511, kita tidak dapat lari daripada melakukan penentangan, pemberontakan dan keganasan untuk menghalau penjajah. Tujuannya hanyalah satu, kebebasan atau kemerdekaan. Bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu sejak 1874, ia telah memberikan pelbagai perubahan sama ada baik atau tidak. Hasil daripada perubahan ini, ia telah menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya menentang British. Ia kemudiannya telah menggalakkan perkembangan semangat kebangsaan dan semangat nasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu.
Menurut Walter Theimer dalam bukunya, “Encyclopedia of World Politics” ,nasionalisme bermaksud satu sentimen kepuakan yang didasarkan atas ciri-ciri bangsa terutamanya bahasa dan kebudayaan dengan kecenderungan menekankan perbezaan antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain.
Secara ringkasnya, Sukarno pula menjelaskan bahawa nasionalisme ialah suatu
cita-cita yang mengingini untuk kebaikan bangsa. Nasionalisme menurut DBP ialah perasaaan cintakan negara sendiri yang mendalam dan pergerakan untuk mencapai kebebsan ekonomi dan politik daripada kuasa asing. Kesedaran kebangsaaan pula yang berkaitan secara keseluruhan nasional semangat. Nasionalisme sebenarnya boleh didefinisikan sentimen kecintaan terhadap sesebuah. Sentimen itu hanya ditumpukan kepada satu negara bangsa sahaja yang dapat mendorong kepada keinginan untuk berjuang bagi memebebaskan tanah air daripada cengkaman kuasa asing. Semangat nasionalisme ini wujud hasil daripada keinginan unutk menebus maruah bangsa serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah bangsa dan Negara. Nasionalisme juga ada kaitan dengan “negara” dan “bangsa”. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identity bangsa yang berbudaya tinggi. Menurut Karl Max, nasionalisme wujud apabila sesuatu bangsa dijajah, maka di negara tersebut secara automatik akan lahir dua golongan yang bertentangan, iaitu satu golongan yang menjajah (menindas) dan satu lagi golongan yang terjajah (ditindas). Mereka bertentangan kerana golongan yang menjajah mahu mengekalkan penjajahannya, manakala golongan yang terjajah mahu membebaskan diri daripadanya. Kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu tidak banyak berbeza dengan negara-negara lain di Asia. Cuma apa yang membezakannya adalah dari segi corak gerakan kebangsaan itu. Masyarakat di Tanah Melayu mempunyai beberapa aliran nasionalisme
keranapenduduknya berbilang kaum. Semangat nasionalisme dalam kalangan
orang melayu telah ada sejak campur tangan British pada tahun 1874.Dengan adanya semangat nasionalisme, maka penguasaan penjajahan ke atas negeri-negeri Melayu tidak berlaku secara aman damai tetapi sebaliknya ditentang oleh masyarakat tempatan. Penentangan ini dilakukan oleh pejuang-pejuang Tanah Air seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, Tok Janggut,Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, dan lain-lain lagi mencerminkan penentangan rakyat tempatan terhadap kuasa asing di negara ini. Namun begitu, penentangan pembesar-pembesar Melayu gagal membebaskan Tanah Air daripada belenggu penjajahan British kerana penentangan pembesar tidak bersifat menyeluruh dan tidak mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat. Selain itu, setiap pembesar menentang sematamata untuk menjaga periuk nasi mereka daripada diancam oleh British. Mereka juga kalah kerana tidak mempunyai pasukan tentera yang dilengkapi senjatasenjata moden berbanding kerajaan British. Kegagalan mereka tidak mematikan semangat nasionalisme orang Melayu, sebaliknya orang Melayu memendamkannya ibarat ‘api dalam sekam’. Pada abad ke-20, semangat nasionalisme orang Melayu semakin bersemarak. Pasa peringkat ini, strategi
yang digunakan adalah berbeza.
Kesimpulannya, nasionalisme adalah satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa untuk menubuhkan negaranya sendiri , menengakkan kedaulatan rakyat dan menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa itu. Keadaan tersebut digambarkan menerusi perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap tanah air yang kemudian mendorong kepada lahirnya keinginan dan keazaman untuk berjuang bagi membebaskan tanah air daripada pemerintahan kuasa.Oleh itu, semangat untuk mencapai kemerdekaan bagi negara kita adalah penting agar kita dapat bernaung dibawah tampuk pemerintahan sendiri dan bukannya dikuasai oleh kuasa asing.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN NASIONALISME
A) Faktor Luaran
Faktor yang mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu faktor dalaman dan juga faktor luaran. Bagi faktor luaran, ianya merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di luar Tanah Melayu tetapi memberi kesan yang sangat besar kepada perkembangan semangat nasionalisme orang Melayu di Tanah Melayu. Faktorfaktor luaran menjadi pemangkin untuk mempercepat kebangkitan semangat nasionalisme orang Melayu. Antara faktor luaran ialah Gerakan Pemulihan Islam di Mesir. Gerakan Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Konsep pan-islamisme telah mula diutarakan oleh Syed Jamaluddin al-Afghani, seorang pemuda reformis islam timur tengah yang radikal dan revolusioner pada akhir abad ke 19. Gerakan ini dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani sendiri dan Syeikh Muhammad Abduh. Syeikh Muhammad Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun 1829 dan mendapat ijazah dari Universiti al-Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar dari tahun 1899 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1905. Syeikh
Muhammad Abduh telah menyesuaikan prinsip-prinsip Islam menurut kehendak azan moden, tetapi tidak terkeluar dari prinsip dan semangat agama Islam yang sejati. Ajaran beliau adalah berdasarkan kepada ajaran Allah dan Rasul seperti yang tercatit di dalam al-Quran dan al-Hadis. Yang disesuaikan ialah perkara perkara dan hal-hal takwim serta pentafsiran Islam mengenai sesuatu pendapat atau hukum di dalam al-Quran. Ajaran dan pandangan beliau di anggap baru,progresif dan revolusioner dan amat sesuai dengan zamannya. Matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam ialah memperjuangkan konsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam di seluruh dunia. Selain itu, gerakan ini turut bermatlamat untuk membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks yang tiada kaitannya dengan ajaran Islam yang sebenar.Antara lain ialah memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith. Turut bermatlamat untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadith dan yang terakhir ialah membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat. Pada masa itu juga, ramai orang melayu yang telah pergi ke luar negeri, terutamanya ke timur tengah untuk mempelajari agama islam. Tidak kurang juga yang pergi menunaikan fardhu haji. Perkembangan reformisme di timur tengah itu telah mempengaruhi kedua-dua kumpulan tersebut. Mereka mula menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat melayu berlandaskan agama Islam.
Konsep Gerakan Pemulihan Islam ini telah memberi ilham kepada pelajarpelajar
Melayu yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di negara sendiri. Pelajar-pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesir pulang ke Tanah Melayu dan menjadi pelopor Gerakan Islah-Islam. Mereka berusaha menyatupadukan masyarakat melayu berdasarkan identiti agama islam. Tokohtokoh terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass bin Mohammad Taha. Mereka menyebarkan idea-idea Islam-Islamiah atau pemulihan agama Islam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalah al-Imam.
Faktor kedua ialah Gerakan di Turki yang dapat dibahagikan kepada tiga gerakan iaitu Gerakan Pan-Islam, Gerakan Khilafat dan Gerakan Turki Muda. Bagi Gerakan Pan-Islam, ianya adalah satu gerakan untuk menyatukan umat Islam di dunia di bawah Empayar Turki atau Empayar Uthmaniyah. Gerakan Pan-Islam mahu menentang penjajahan Barat dan menghapuskan kepercayaan kuno yang bertentangan dengan ajaran Islam. Empayar Turki ditubuhkan oleh Usman pada tahun 1300. Ulama Syeikh Haji Wan Ahmad dari Pattani ingin menyatukan Kelantan dan Pattani. Beliau ingin menentang Siam dan menubuhkan Kerajaan Islam di bawah naungan Turki tetapi gagal. Pahang mendapatkan bantuan Turki (1890-an) untuk menghalau British tetapi gagal. Mehemet Kiamil Bey cuba mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johor tetapi
gagal. Semasa Perang Dunia Pertama, Turki dan Jerman berpakat menentang kuasa Berikat. Umat Islam di Tanah Melayu sangat menghormati Empayar Turki dan segala perkembangan di Turki mempengaruhi mereka. Turki mengisytiharkan peperangan jihad terhadap kuasa Berikat (Amerika Syarikat, Britain dan Perancis). British cuba menyekat berita dari luar tetapi gagal. Masih ada berita yang sampai ke Tanah Melayu melalui suratkhabar dan surat peribadi pejuang pejuang Pan-Islam.
Pejuang Islam di Singapura, iaitu Kassim Ismail Mansur dan Nur Alam Syah mempengaruhi dasar India yang beragama Islam melancarkan dahagi. Askar-askar India diberikan keyakinan bahawa pakatan Jerman-Turki akan menang dalam Perang Dunia Pertama. Pada bulan Februari, askar India melancarkan dahagi di Singapura, tetapi dapat dihapuskan oleh askar British. Askar-askar India berjaya membunuh lebih 40 orang British dan hampir Berjaya menakluki Singapura.
Bagi gerakan Khilafat pula, pakatan di antara Jerman-Turki tewas dalam Perang Dunia Pertama. British cuba menguasai Turki. Orang Islam di India membentuk Gerakan Khilafat untuk mengekalkan kuasa Turki dan system Khilafat. Gerakan Khilafat yang ditubuhkan di Singapura dikawal rapi oleh British. Yang terakhir sekali ialah Gerakan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustapha Kamal Attaturk yang bergerak untuk memodenkan Turki. Golongan Turki Muda menyebarkan semangat kebangsaan di Turki. Turki diisytiharkan sebagai Republik pada tahun 1923 dan sistem Khilafat dimansuhkan. Abdul Kadir Adabi mengecam gerakan Turki Muda kerana memasuhkan sistem Khilafat. Golongan Turki Muda dikatakan tidak mementingkan agama dan undang-undang Islam dalam perkembangannya. Abdul Kadir Adabi atau Abdul Kadir bin Ahmad adalah seorang penulis dari Kelantan. Akhbar Pengasoh, al-Ikhwan dan Saudara turut menyiarkan tentangan terhadap Turki Muda. Namun demikian, terdapat pandangan yang baik mengenai Turki Muda, iaitu mereka membangkitkan semangat kebangsaan di Turki, ekonomi Turki dikuasai semula oleh orang Turki dan bukan oleh orang Yahudi dan Kerajaan Turki memberikan peluang yang luas kepada rakyat untuk menguasai bidang ekonomi. Kegiatan Turki Muda memberikan perangsang kepada golongan Kaum Muda di Tanah Melayu untuk menentang penguasaan British. Kaum Muda di Tanah Melayu telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun
1938 untuk bergiat dalam politik.
Faktor luaran yang ketiga ialah pengaruh dari Jepun.Sejak tahun 1868, Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun berjaya meniru teknologi Barat, sekaligus membuktikan rakyat Asia bijak. Perkara ini telah mewujudkan Ilham dan keazaman dalam jiwa rakyat Asia. Antara kemenangan Jepun terbesar ialah apabila dapat mengalahkan Eropah. Kesan daripada kemenangan ini, orang Asia dan Melayu mulai sedar akan kepentingan pelajaran, teknologi dan perpaduan. Faktor-faktor inilah yang menjadikanr akyat kuat menentang penjajah. Dalam masa yang sama, ianya juga memberi kesan kepada pemikiran tokoh-tokoh awal Tanah Melayu.Dalam peperangan yang berlaku di antara Rusia dengan Jepun (1904-1905) menyaksikan Jepun telah memperolehi kemenangan. Kejayaan ini telah memberi ilham dan kesedaran kepada orang Asia termasuk orang melayu bahawa barat tidaklah sekuat seperti yang digeruni oleh mereka. Perang tersebut telah membuktikan bahawa, sesebuah negara tidak mengira saiznya, boleh menjadi kuat seperti Jepun melalui kemajuan teknologi dan pendidikan. Pada tahun 1907, seorang tokoh bernama Abdullah Abdul Rahman telah menghasilkan karya berjudul 'Mataharai Memancar' (The Rising Sun) yang menceritakan sejarah Jepun. Karya ini telah dialihbahasakan oleh beliau daripada karya Mustafa Kamal dari Turki yang asalnya daripada bahasa arab.
Menurut Za'ba, karya ini telah berjaya merangsang pembaca serta menimbulkan perasaan bangga dan harapan untuk membawa pembaharuan di timur dan ini termasuklah kepada pembaca melayu. Masyarakat melayu mula percaya bahawa dengan adanya teknologi dan pendidikan, mereka juga boleh menghalau keluar orang British dari Tanah Melayu. Hakikat ini telah disedari oleh golongan terpelajar di Tanah Melayu. Di antara mereka ialah Syed Sheikh al- Hadi yang mula menggalakkan orang melayu memajukan diri mereka dalam aspek ekonomi dan sosial, melalui ajaran Islam. Perkembangan di Jepun mengalahkan kuasa Rusia telah membawa kesedaran dan keyakinan bahawa orang melayu juga boleh mempertahankan kepentingan mereka daripada terus di tindas oleh pihak British. Selain itu, turut timbulnya Gerakan Kesedaran
Kebangsaan China. Pada tahun 1911 berlaku Revolusi China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. Beliau telah berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah negara republik China. Keadaan ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British.
Faktor luaran yang keempat pula merupakan pengaruh dari Indonesia. Gerakan kemerdekaan rakyat Indonesia menentang pemerintahan Belanda telah memberi semangat kepada golongan melayu yang inginkan pembebasan daripada penjajahan British. Beberapa parti politik telah ditubuhkan ditubuhkan di Indonesia. Antaranya ialah Sarekat Islam. Sarekat Dagang Islam diasaskan oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun 1909. Nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam pada tahun 1912. Sarekat Islam ialah parti politik yang pertama di Indonesia. Pemimpin Sarekat Islam yang terkenal ialah Omar Said Tjokroaminoto dan Agus Salim. Agama Islam menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di Indonesia supaya menentang penjajah Belanda. Cawangan Sarekat Islam di Johor ditubuhkan oleh Haji Ibrahim bin Sidin dari Singapura. Cawangan Sarekat Islam di Johor tidak mendapat sambutan yang memuaskan. Penentangan terhadap British di Terengganu (1928) dimulakan oleh Syarikatul Islam yang diketuai oleh Sayid Muhammad dari Johor. Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat di Beserah hingga ke Kemaman. Sayid Muhammad dipercayai ingin meluaskan cawangan Sarekat Islam di Terengganu. Pengaruh Sarekat Islam tersebar ke Tanah Melayu pada 1920-an melalui ceramah dan kelas agama oleh guru-guru agama dari Sumatera.
Akhbar Sinaran Zaman dan Idaran Zaman yang diterbitkan oleh Syed Syeikh al-Hadi menceritakan perjuangan Sarekat Islam. Syed Syeikh al-Hadi mengambil Mohammad Yunus bin Abdul Hamid menjadi pengarang di akhbarnya. Mohammad Yunus adalah ahli Sarekat Islam dan penerbit akhbar Sinaran Zaman di Sumatera. Parti politik yang kedua pula ialah Parti Komunis Indonesia (PKI). PKI diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono pada tahun 1920. Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI kerana ajaran komunis yang bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI termasuk Tan Malaka cuba menyebarkan fahaman komunis di Singapura tetapi tidak berhasil. Tan Malaka berpendapat bahawa orang Melayu sukar dipengaruhi keranamereka berfahaman konservatif. Sutan Jenin dari Sumatera dapat mengembangkan pengaruh Komunis di Tanah Melayu pada tahun 1930-an. Yang terakhir sekali ialah Parti Nasional Indonesia (PNI). PNI diasaskan oleh Sukarno dan Sartono pada tahun 1927. Pemuda-pemuda Indonesiamemperjuangkan kebebasan mereka melalui tulisan, pergerakan sosial dan kebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh perjuangan PNI yang mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah. Dasar tidak bekerjasama ini telah diamalkan oleh pejuang nasionalis di India yang diketuai oleh Mahatma Gandhi. PNI mengamalkan ideology yang menganjurkan revolusi untuk menggulingkan kerajaan Belanda. Pengaruh dari luar yang tersebar melalui majalah dan akhbar dapat membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. Mereka berjuang untuk memajukan bidang sosial, ekonomi dan politik orang Melayu.Penduduk Tanah Melayu menguatkan semangat dan bersatu padu untuk
melepaskan diri daripada kuasa penjajah.
Faktor kelima adalah Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina. Jose Rizal memimpin perjuangan rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol. Beliau telah menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang Filipina dan menuntut Sepanyol memberi layanan adil kepada rakyat. Melaului gerakan ini juga telah memberi kesedaran kepada openduduk di Tanah Melayu untuk bangkit dari terus dikuasai oleh kuasa asing.
Faktor terakhir adalah Gerakan Kesedaran Kebangsaan India. Gerakan ini dipimpin oleh Mahatma Gandhi. Tujuan gerakan ini adalah untuk membebaskan India daripada penjajahan British. Penduduk di Tanah Melayu juga turut mempunyai keinginan yang sama iaitu ingin membebaskan diri daripada penjajahan Brirish. Dengan itu, gerakan ini telah memberi semangat serta kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu untuk terus bangun dari penindasan yang berleluasa di Negara sendiri.
Kesimpulannya, peranan pengaruh luar merupakan faktor penting kebangkitan nasionalisme Melayu. Akibatnya, timbul persatuan Melayu pada tahap-tahap berlainan. Kemudiannya, Kongres Melayu Se Malaya diadakan pada 9 Ogos 1939 bertujuan memupuk perpaduan di kalangan orang Melayu. Antara lain ialah usaha persatuan-persatuan Melayu merintis jalan penubuhan UMNO pada tahun 1946.

Faktor Dalaman
Faktor-faktor dalaman merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di Tanah Melayu dan memberi pengaruh yang sangat besar dalam membangkitkan dan menyemarakkan semangat nsionalisme orang Melayu. Antara faktor dalaman ialah agama. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di bandar-bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka. Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebab adanya masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Oleh yang demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi membawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat mereka supaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telah melahirkan kumpulankumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu untuk memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial.
Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20. Antara ketiga-tiga golongan ini, golongan yang berpendidikan Arab memainkan peranan penting dalam gerakan Pemulihan Islam di kalangan masyarakat Melayu. Mereka berpendidikan Arab dan melanjutkan pengajian Islam ke Universiti Al- Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini yang mula-mula sekali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan ekonomi dan social orang Melayu pada masa itu. Mereka dari golongan ini hampir keseluruhannya memperoleh pelajaran dari Timur Tengah dan terpengaruh dengan gerakan pemulihan yang berlaku di sana. Golongan ini menerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan Islam moden dan gerakan Pan-Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani. Di antara penuntutpenuntut Melayu yang membawa pengaruh dari Timur Tengah ialah Syeikh
Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbass Muhammad Taha dan Syeikh Mohammad Salim al-Kalali. Sekembalinya dari Timur Tengah khasnya dari Mesir ke tanah air pada awal abad ke-20, mereka telah berkhidmat dalam jabatan agama di negerinegeri Melayu. Oleh sebab fahaman mereka berkenaan ajaran agama Islam baru dan agak berlainan dengan fahaman seperti kepercayaan bidaah dan
khurafat yang sedia berakar umbi di negeri-negeri Melayu, mereka mendapat tentangan daripada golongan ulama tua yang kolok dan ortodoks. Golonganortodoks ini memusuhi bukan setakat fahaman baru dalam agama, tetapi juga memusuhi perjuangan nasionalisme Melayu yang dibawa dan dirancang oleh revolusioner ini. Mengikut revolusioner ini, Islam memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat.
Faktor kesedaran orang melayu tentang kemunduran mereka juga turut menjadi punca dalaman kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Orang melayu menjadi penduduk pribumi tetapi masih tertinggal jauh dalam bidang ekonomi dan sosial. Walaupun ekonomi Tanah Melayu yang berasaskan getah dan bijih timah berkembang pesat, tetapi orang mealyu tersisih daripada kegiatan ekonomi komersial tersebut. Kegiatan ekonomi kapitalis dikuasai oleh orang Cina dan pedagang-pedagang Eropah. Banyak ladang getah dan lombong bijih timah dimiliki dan diusahakan oleh orang Eropah. Manakala orang cina pula menguasai sektor ekonomi di kawasan Bandar seperti menjadi peniaga. Keadaan ini mula disedari oleh peniaga-peniaga keturunan arab yang tinggal di Negeri-Negeri Selat terutamanya Singapura. Dalam bidang pendidikan pula, orang Melayu tertinggal jauh kerana system pendidikan melayu tidak
mempunyai nilai untuk meningkatkan taraf dan kedudukan orang melayu dalam bidang ekonomi. Orang melayu mula sedar bahawa mereka perlu mempertahankan hak mereka di Tanah Air sendiri apabila orang cina Peranakan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mendesak supaya diberi hak yang sama dengan Melayu daripada kerajaan British. Orang Melayu sedar permintaan orang Cina tersebut akan menggugat kedudukan mereka sebagai penduduk pribumi. Situasi ini telah menyemarakkan semangat nasionalisme orang melayu untuk mempertahankan kedudukan mereka di Tanah Melayu.
Selain itu, rakyat juga menderita di negara sendiri akibat dijajah bangsa asing. Kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam kehidupan seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang Melayu bangun dan mewujudkan organisasi anti-Jepun. Maka wujudlah askar askar wataniah dan Force 136. Mereka akhirnya menjadi tulang belakang kepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, pemimpin organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalam menegakkan nasionalisme Melayu seperti Kapten Hussin Onn. Penipuan dan tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan batin kepada pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Dalam hal ini, ia semakin menebalkan rasa benci dan meningkatkan kadar nasionalisme Melayu. Mereka akhirnya memberikan kerjasama kepada organisasi-organisasi anti-Jepun dengan membekalkan maklumat agar dapar mempertingkatkan keberkesanan penentangan mereka. Selain itu, PETA boleh dikatakan menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran tentera Jepun.
Antara lain, dasar penjajahan Barat juga telah menimbulkan semangat nasionalisme ke dalam jiwa penduduk Tanah melayu. Ketika penaklukan British ke atas Tanah Melayu, Pihak British telah berpuas hati dengan kaedah pengukuhan kuasa, pengaruh dan kedudukan ekonomi mereka di tanah melayu. Pihak british kemudian telah memulakan proses menginstitusikan berbagai bidang kerajaan yang merangkumi hampir semua aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial. Usaha mencapai tujuan ini paling pesat dilakukan di negerinegeri melayu bersekutu. Akibat daripada keadaan ini, institusi melayu tradisional dan elit melayu tradisional mendapati diri mereka terpaksa mengambil peranan yang semakin kecil dan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran. Tambahan pula, pihak British telah mula membawa masuk imigran cina dan india secara besar-besaran untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih belum diterokai oleh masyarakat melayu dengan sepenuhnya. Keadaan menjadi lebih buruk menjelang tahun 1921, dimana daripada jumlah 1320000 orang penduduk negeri-negeri melayu bersekutu, 511000 adalah orang melayu, 495000 orang cina dan 305000 orang india. Keadaan ini menyebabkan kaum pendatang mula menguasai ekonomi di tanah melayu. Kaum melayu mulai sedar yang mereka telah ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan sosial di mana orang bukan melayu menjadi peserta yang kuat. Langkah-langkah yang di ambil oleh pihak british ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang melayu, kerana mereka sedar hak mereka sebagai rakyat pribumi sedikit demi sedikit diambil alih oleh pihak pendatang dan kaum penjajah. Faktor keempat ialah Bahasa dan kesusasteraan .Melalui faktor bahasa dan kesusasteraan ini,tulisan Jawi telah diperkenalkan sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu .
Pengaruh Arab turut wujud hasil dari peranan golongan agama dan bagi menggantikan penggunaaan tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah. Ini sebenarnya membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam negara sendiri. Antara lain ialah kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu dan MPSI. Dalam pada itu. bahasa Melayu sebenarnya semakin hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Ini dapat memperlihatkan hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu.Bahasa Melayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu. Jika dapat kita perhatikan, perbahasan dalam MMN dan MMP menggunakan Bahasa Inggeris. Perkara ini pernah dibantah oleh Raja Chulan akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam bahasa undang-undang dan juga penggunaannya dalam MMN dan MMP kerana wakil Melayu tiidak faham apakah yang dibahaskan. Semua ini telah menyedarkan orang Melayu akan kepinggiran bangsa dan bahasa Melayu. Jadi, gelanggang bagi orang Melayu melahirkan ketidakpuasan melalui adalah karya sastera. Secara tidak langsung, dapat
memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan taraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara selepas merdeka. Dalam puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam Utusan Melayu keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan jangan membiarkan kekayaan diambil oleh bangsa lain. Selain itu, terdapat juga puisi lain seperti Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh Harun Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937) yang menggesa orang Melayu mencari ilmu dan Serunai Pujangga oleh Anum (1940) yang menggesa orang Melayu bersikap berani dan sanggup berkorban. Selain puisi, novel juga dikarangkan untuk membangkitkan semangat kebangsaan. Antaranya ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi (1925) yang mencadangkan wanita perlu diberi pendidikan, Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurashid (1930), Putera Gunung Tahan oleh Haji Muhammad yang mengecam British melalui kisah lucu dengan tujuan memupuk semangat cinta akan negara, hidup maju dan bebas daripada penjajahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad (1941) menyeru orang Melayu berjuang mencapai kemajuan.Cerpen merupakan cerita pendek yang mempunyai nasihat. Kebanyakan cerpen menyeru rakyat bekerja untuk kemajuan dan
kemerdekaan negara. Di antara cerpen yang terkenal ialah Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai yang menyeru orang Melayu supaya rajin bekerja; Anak Dibuat Demal, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada Diminta yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh; Rumah Besar Tiang Sebatang oleh Ishak Haji Mahmud yang menyeru orang Melayu menbenci dan menentang penjajahan British. Melalui cerpen yang disiarkan, para pembaca akan mengetahui dasar perjuangan yang hendak disampaikan.
Antara kejayaan orang Melayu dalam bidang sastera pasa masa itu ialah melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66. Penubuhan persatuan yang memperjuangkan bahasa seperti PASPAM (berjuang bagi menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum penjajahan ) turut diwujudkan. Antara kejayaan lain adalah penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang berperanan sebagai pembina dan pengembang bahasa Melayu dan alat penyatuan bangsa. Ini dapat menyumbang ke arah pembentukan bangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa Melayu . Dengan itu, Melayu tidak lagi berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa, Banjar, Bugis dan lain-lain.
Faktor keempat ialah sistem pendidikan.Terdapat sekolah-sekolah pondok, madrasah, sekolah-sekolah melayu dan sekolah inggeris yang disediakan bagi orang melayu. Sekolah-sekolah melayu telah mula dibuka di kawasan-kawasan barat dan selatan tanah melayu sejak tahun 1880-an lagi. Pada dasarnya, tujuan british bukanlah untuk melahirkan golongan cerdik pandai dikalangan orang melayu. Mereka hanya ingin melihat anak-anak orang melayu menjadi lebih pandai sedikit daripada ibubapa mereka. Yang belajar di sekolah Inggeris pula ialah anak-anak golongan bangsawan yang ingin dijadikan oleh orang British sebagai pegawai dan pentadbir bawahan sahaja. Oleh kerana penyediaan sekolah-sekolah melayu oleh orang inggeris ini bukan satu yang ikhlas, maka tidak terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai. Maka
surat khabar melayu telah digunakan sebagai bahan pengajaran, umpamanya 'jawi peranakan', 'khizanah al-ilmu' dan taman pengetahuan. R. J. Wilkonson selaku penyelia sekolah-sekolah (1877-1895) mendapati bahawa surat khabar melayu bersama pendidikan secara amnya, telah menyumbngkan terhadap kemajuan intelek dan material orang melayu. Pendedahan kepada dunia luar melalui surat khabar, telah membuka mata orang melayu, terutamanya generasi muda terhadap isu-isu yang mempengaruhi orang Melayu.
Di samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah mendapat sambutan hebat penduduk tempatan. Melalui sistem pendidikan ini, mereka dapat mempertahankan nilai-nilai keislaman semasa kemasukan kuasa british dan kemasukan kaum imigran.
Namun demikian sekolah-sekolah seumpama ini kurang memainkan peranan
untuk menanan semangat kebangsaan pada tahap-tahap awal. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1900, bila islam memasuki era reformasi, maka barulah sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah membuka minda kaum Melayu terhadap masalah-masalah politik yang dihadapi oleh mereka di Tanah Melayu. Sukatan dan dasar yang tidak selaras membangkitkan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap layanan Inggeris.Kesimpulannya, perkembangan pendidikan, terutamanya pendidikan melayu telah memainkan peranan penting dalam kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu.
Selain itu, kemunculan golongan intelektual juga antara faktor dalaman kebangkitan semangat nasionalisme. Mereka terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah politik demokrasi, liberalisme, sistem parlimen, perlembagaan dan nasionalisme. Sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan peluang orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluang yang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme .
Antara golongan terpelajar seperti Raja Chulan, Eunos Abdullah dan Dato’ Onn Jaafar. Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan menubuhkan UMNO bagi menentang Malayan Union. Beliau berjuang melalui akhbar Warta Malaya dan Lembaga Melayu dengan membuat bidasan dan kritikan serta mengadakan rapat umum. Ibrahim Yaakub pula adalah pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi orang Melayu terutama dalam bidang pendidikan. Ahmad Boestaman adalah pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939, tetapi tidak menerima sambutan. Beliau memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkembangan sosio ekonomi serta politik Melayu.
Selain itu Dr. Buhanudin Al-Helmi juga antara golongan intelektual dan merupakan pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Sekolah-sekolah agama telah didirikan di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-negeri Melayu telah didirikan di Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Muar (Johor). Sekolah agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, di Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan Pulau Pinang ialah Madrasah al-Mashor. Sistem persekolahan di sekolah itu mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan di Barat. Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini akan sedar akan kelemahan mereka dalam agama Islam dan mereka didorong untuk berusaha bersungguh-sungguh lagi supaya tidak keluar dari ajaran Islam yang sebenar. Raja Chulan (Raja Dihilir) merupakan ahli Majlis Pusat dan beliau
perjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu. Beliau juga mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu. Di samping itu, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) juga bertanggungjawab dalam membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Guru-guru dari MPSI telah menyedari masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka berazam untuk mengatasi masalah ini dan memperkenalkan satu generasi baru orang Melayu yang akan membela bangsa dan negara mereka. Graduan MPSI menubuhkan Persatuan Sastera Melayu pada tahun 1923 bagi menggalakkan pertumbuhan sastera dan membangkitkan semangat nasionalisme .
Seterusnya, perkembangan media massa turut memainkan peranan yang
penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Idea nasionalisme lahir melalui surat khabar, majalah, novel dan rencana. Surat khabar digunakan sebagai medan untuk menyedarkan masyarakat melayu terhadap keadaan mereka di tanah air mereka sendiri. Satu daripada bahan bacaan terawal ialah 'pengetahuan bahasa', hasil karya raja Ali Haji yang disusun pada tahun 1858. Karya ini membicarakan budaya melayu yang kian berubah akibat pengaruh british dan imigran cina, disamping itu karya ini juga memperihatkan peri pentingnya bahasa melayu dalam budaya masyarakat melayu sebagai alatmenyatukan kaum melayu melalui satu identiti bahasa.Sebagai contoh, pada 23 Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura. Akhbar ini diterbitkanoleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad
Taha. Seruannya diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Tunas Melayu, al-Islam, al-Ikhwan dan Pengasoh.
Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan. Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadi lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain akhbar yang disebut di atas, terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak dan sebagainya. Selain itu, kemunculan alat pencetak telah mencetuskan kesedaran kebangsaan melalui penertbitan akbar, majalah & novel. Dalam masa yang sama, muncul golongan wartawan yang komited dan sedar akan nasib bangsanya. Golongan wartawan telah membangkitkan isu-isu kemunduran
masyarakat Melayu dalam semua aspek seperti sosial, pendidikan, ekonomi dan politik.
Faktor terakhir adalah perkembangan sistem perhubungan. Sistem perhubungan yang telah dimajukan oleh pihak British adalah demi kepentingan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun ianya telah membantu menyelesaikan halangan geografi di kalangan masyarakat melayu. Umpamanya, pada tahun 1910, terdapat lebih daripada 2400km jalanraya terturap. Sistem perhubungan ini dapat membantu merentasi sikap kekampungan, kedaerahan dan kenegerian. Masyarakat melayu tidak kira dari daerah atau negeri yang berlainan dapat berhubung di antara satu sama lain. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menyatupadukan penduduk melayu, yang seterusnya mewujudkan identity kebangsaan. Idea dan pemikiran pemimpin-pemimpin melayu yang berjiwa kebangsaan tersebar dengan pantas kepada masyarakat di kawasan perkampungan, melalui sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi.
Kesimpulannya, faktor-faktor dalaman ini mempunyai peranan yang tersendiri dalam membangkitkan semangat nasionalisme penduduk Tanah Melayu. Cntohnya ialah agama, system pendidikan, kesedaran tentang kemunduran orang melayu, bahasa dan kesusasteraan serta perkembangan media massa, Jadi faktor-faktor inilah antara yang banyak membantu kearah proses kemerdekaan rakyat.


ASAS PERJUANGAN DAN PERANAN YANG DIMAINKAN
3.1 Asas Perjuangan dan Peranan Majalah
Mengikut W.R. Roff, pergerakan nasionalisme Melayu dipimpin oleh 3golongan elit yang mahu membawa perubahan kepada masyarakat melayu, ke arah yang lebih baik. Kumpulan yang pertama ialah golongan reformis Islam berpendidikan Arab yang ingin mengetengahkan islam sebagai jalan memajukan keadaan orang melayu. Golongan ini dipengaruhi oleh reformasi islam yang berlaku di timur tengah. Kumpulan kedua ialah golongan inteligensia berpendidikan Melayu, yang cuba menentang penjajahan dengan cara yang lebih radikal. Kebanyakan mereka terdiri daripada guru dan wartawan. Kumpulan elit melayu yang ketiga ialah golongan birokrasi berpendidikan, mereka terdiri daripada kelompok pentadbir dan pegawai am dari kalangan bangsawan melayu.
Perkembangan nasionalisme boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu,Tahap Pertama dan Tahap Kedua.Tahap Pertama lebih kepada penentangan masyarakat secara terbuka tetapi bersifat setempat & tidak berorganisasi. Faktor-faktor yang diketengahkan ialah isu-isu kebudayaan, agama, & hak peribumi. Dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat & Asia Barat dan lebih menekankan kesedaran politik. Orang Melayu menuntut hak-hak mereka dikembalikan & taraf hidup mereka dibaiki. Namun pada tahap ini, mereka tidak meminta kemerdekaan. Bagi Tahap Kedua pula,Gerakan nasionalisme yang lebih radikal & berorganisasi. Ini kerana kegagalan dalam sifatnya yang serdehana dalam tahap pertama. Tahap ini dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan & ilmu pengetahuan Barat supaya menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah serta kesannya terhadap bangsa & negara. Matlamat mereka ialah menuntut kemerdekaan & membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.
Terdapat empat motif bagi menggerakkan semangat nasionalisme.Pertama ialah menentang dan cuba manghalau keluar pihak penjajah yang dianggap membawa masuk unsur yang mengancam struktur politik dan identity budaya pribumi. Kedua ialah mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk pribumi. Ketiga ialah mengembalikan tamadun lama dan yang terakhir ialah menegakkan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Selain daripada asas perjuangan yang diterangkan di atas, majalah turut memainkan peranan yang penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Hakikatnya , majalah lebih memfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa melalui rencana dan puisi..Antara lain,ianya turut menyentuh isu-isu kemajuan bangsa dalam semua aspek. Antara majalah yang diterbitkan ialah Majalah Guru,Pengasuh dan Bulan
Melayu. Dalam majalah guru yang telah dikarang oleh Muhammad Dato’ Muda Linggi, Yusuf Ahmad dan Mohd Sidin Rashid, isu pendidikan anak-anak melayu dan membaiki taraf hidup orang melayu telah dibangkitkan. Semangat cinta akan Negara dan menentang penjajahan telah ditiupkan ke dalam jiwa orang melayu. Majalah ini turut mewujudkan perpaduan dalam kalangan guru sebagai pemimpin untuk memartabatkan bahasa . Secara tidak langsung majalah ini dapat memajukan bahasa dan sastera melayu. Majalah pengasuh yang dikarang oleh Dato’ Nik Mohamad pula telah membangkitkan isu seperti memperluas ilmu dalam semua bidang dan menggesa orang melayu menjauhi sifat buruk. Majalah ini turut membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah serta memberikan penafsiran kepada persoalan orang islam . Antara lain ialah menggalakkan pendidikan di kalangan orang melayu. Sebaliknya, Bulan Melayu yang dikarang oleh Zainon Sulaiman telah membangkitkan isu tentang mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya timur dan menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa. Secara tidak langsung dapat menggalakkan golongan wanita mendapat pendidikan tinggi unutk kemajuan diri. Majalah ini juga menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor . Novel juga turut memainkan peranan yang hampir sama dengan majalah. Sebagai contoh ialah novel Keris Melaka. Isu yang dibangkitkan ialah isu menanam semangat perjuangan menentang penjajah dan menggunakan sejarah sebagai inspirasi perjuangan. Bagi novel Anak Mat Lela Gila pula lebih kepada menghargai warisan bangsa. Berlainan dengan novel Melor Kuala Lumpur,novel ini mengisarkan tentang kebanggaan dengan pencapaian dan kebolehan sendiri. Bagi novel Putera Gunung Tahan, ianya mengisahkan emansipasi wanita.
Kesimpulannya, asas perjuangan adalah titik tolak kebangkitan rakyat dalam melalui proses mencapai kemerdekaan. Bermula dari asas perjuangan inilah mereka semakin bersemangat untuk terus bangun tanpa menoleh ke belakang. Dengan dibantu oleh peranan yang dimainkan oleh majalah, rakyat menjadi semakin kuat dan saling bantu-membantu dalam usaha murni untuk keluar dari kepompong penjajah asing.

3.2 Peranan Akhbar
Akhbar memainkan peranan penting dalam kebangkitan nasionalisme. Penulis akhbar di tanah melayu pada masa itu telah mengkritik dasar British yang menekan orang melayu. Persoalan tentang pendidikan,ekonomi dan politik telah dibangkitkan di dalam akhbar. Isu-isu yang dibangkitkan ialah memajukan pendidikan orang melayu dan memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dalam urusan British. Dari segi ekonomi,mereka meminta supaya British mengurangkan kadar kemasukan orang dagang. Dari segi politik,mereka menyeru orang melayu bersatu dan mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja melayu. Antara lain,turut terdapat tulisan Zaaba di dalam Al-Imam dan Mohd. Eunos Abdullah, yang menjadi penyunting Utusan Melayu versi sisipan akhbar Inggeris ‘Free Press’. Tulisan-tulisan itu membawa aliran menyeru
orang Melayu supaya bersatu dan membina jati diri masing-masing. Aliran itu cepat meninggalkan kesan di hati umat Melayu yang sebelumnya terlowong kosong. Utusan Melayu versi sisipan itu misalnya, dengan cepat menjadi bahan bacaan di kedai-kedai kopi, dan ianya dibaca dengan kuat. Tujuannya tentulah supaya isi yang dibaca itu dapat dikongsi oleh semua Melayu lain yang mendengarnya. Aliran kesedaran itu bertapak semakin kukuh pada sekitar tahun 1930-an. Banyak tulisan-tulisan Ibrahim Yaakob menyebut bahawa pada dekad itulah orang Melayu mula sedar akan ancaman yang dibawa oleh pendatangpendatang asing terhadap hak mereka. Pada waktu itu jugalah perasaan membenci pada orang asing mula bertunas. Hasil daripada kesedaran itu muncullah seorang demi seorang nasionalis Melayu, yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan ulama dan mereka yang terlibat dalam bidang persuratan dan persuratkhabaran. Melalui nasionalis-nasionalis awal ini semangat kebangsaan mula tersebar. Melalui mereka Melayu mula sedar bahawa mereka berada di suatu garisan yang menuntut kebangkitan segera. Waktu itu mereka seakan tidak mempunyai pilihan lagi selain daripada bangun berdiri atau terus lena dan dipijak lumat. Seruan-seruan yang mengajak Melayu bersatu muncul dengan banyaknya. Pada 23 Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura. Akhbar ini diterbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al- Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad Taha. Akhbar ini diterbitkan dengan tujuan menyampaikan pandangan dan fikiran baru mengenai agama Islam untuk kemajuan masyarakat di samping membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran dan menggesa mereka supaya berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi. Akhbar ini ditamatkan pada tahun 1908 selepas 31 keluaran bulanan. Seruannya diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Tunas Melayu, al-Islam, al-Ikhwan dan Pengasoh. Al-Ikhwan diterbitkan dan dikarang oleh Syed Syeikh al-Hadi sendiri. Ia diterbitkan dari tahun 1926 hingga tahun 1931. Al-Ikhwan benar-benar menyarankan pembaharuan agama Islam. Ia telah meneruskan perjuangan al- Imam. Al-Ikhwan mempunyai banyak persamaan dengan al-Imam bukan sahaja dalam cara penulisan dan isi kandungannya malah hingga menyiarkan beberapa rencana yang pernah tersiar dalam al-Imam, seperti taksiran al-Quran dan sejarah Islam. Saudara pula mula diterbitkan pada tahun 1928. Tokoh utama akhbar ini ialah Syed Syeikh al-Hadi juga. Akhbar ini meneruskan seruan menyeru rakyat memajukan diri. Majlis mula diterbitkan pada tahun 1935 dan tokoh utama akhbar ini ialah Abdul Rahim Kajai. Akhbar ini merupakan akhbar kebangsaan yang pertama dan kandungan akhbar ini ditujukan kepada desakan kepada Inggeris melindungi hak orang Melayu. Warta Malaya iaitu sebuah akhbar yang memberi kesedaran kepada orang Melayu untuk maju dan ia mengecam dasar-dasar Inggeris yang tidak memberi perhatian kepada kehidupan orang Melayu.
Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan. Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadi lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain itu, Warta Sarawak merupakan lambang kesedaran dan kebangkitan semangat kebangsaan masyarakat Melayu di Sarawak . Antara lain akhbar ini mendesak kerajaan supaya meningkatkan taraf pendidikan orang Melayu dan menyeru kepada orang Melayu supaya tidak menjual tanah dan bergiat dalam bidang perniagaan.Selain akhbar yang disebut, terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak Lembaga Malaya,Majlis dan sebagainya. Syarikat-syarikat akhbar bagi menyebarkan berita dalam bahasa Melayu juga ditubuhkan. Contohnya ialah Jawi Standard , Cahaya Pulau Pinang dan Tanjong Penegeri yang diterbitkan pada 1900 di Pulau Pinang. Bagi Jawi Peranakan pada tahun 1876 ialah Nujumu’l Fajar, Shamsu’l Kamar, Sekolah Melayu, Bintang Timor, Warta Melayu di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah Ilmu dan Taman Pengetahuan
Terdapat juga akhbar Orang Cina. Orang Cina terbitkan akhbar sebelum Perang Dunia II. Antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News. Pada tahun 1881 akhbar Lat Pau telah diterbitkan. Ianya melaporkan tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu. Ianya juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara China. Terdapat juga akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh masyarakat Cina Peranakan (Baba dan Nyonya). Antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan. Pada tahun 1884 akhbar Bintang Timor diterbitkan dan merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang.
Pada tahun 1930 diterbitkan akhbar Bintang Peranakan yang membicarakan hal ehwal masyarakat Cina peranakan yang menunjukkan taat setia kepada British sebagai pemerintah Tanah Melayu. Turut tidak ketinggalan ialah Akhbar Orang India . Akhbar yang diterbitkan ialah akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasa. Pada 24 September 1924 akhbar Tamil Nesan diterbitkan di Kuala Lumpur. Ianya melaporkan berita tentang kegiatan social dan ekonomi orang India di Tanah Melayu dan juga peristiwa yang berlaku di negara India. Terdapat juga akhbar berbahasa Melayu diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan. Antaranya ialah Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri. Pada tahun 1888 akhbar Sekolah
Melayu diterbitkan dan dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu.
Kesimpulannya, akhbar memegang peranannya tersendiri dalam membangkitkan semangat nasionalisme rakyat di Tanah Melayu. Penulis akhbar di tanah melayu pada masa itu telah mengkritik dasar British yang menekan orang melayu. Persoalan tentang pendidikan,ekonomi dan politik telah dibangkitkan di dalam akhbar. Oleh itu, kebijaksanaan rakyat pada masa dahulu dengan menggunakan akhbar sebagai sumber untuk membangkitkan semangat nasionalisme haruslah dikagumi dan dihargai.

Peranan Badan-Badan dan Kesatuan

Persatuan- persatuan yang dibentuk oleh orang melayu bermula pada
abad ke-20. Ianya banyak membincangkan persoalan ekonomi,pendidikan,bahasa sastera,perpaduan,dan pembelaan politik. Antara persatuan yang aktif ialah Kesatuan Melayu Singapura (KMS), PASPAM, Persatuan Negeri, KMM, dan Kongres Melayu. Di Singapura usaha-usaha untuk membela nasib orang Melayu telah diperjuangkan oleh Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Abdullah Kadir dan Embuh Suluh. Dalam bulan Mei 1926, mereka telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang dianggotai oleh golongan bangsawan, kakitangan kerajaan, wartawan dan peniaga . KMS memperjuangkan kedudukan orang Melayu yang masih mundur dalam semua
bidang. Mohammad Eunos Abdullah menuntut agar kedudukan orang Melayu yang sedikit bilangannya dilindungi. Matlamat utama kesatuan ini ialah untuk menggalakkan orang Melayu melibatkan diri dalam pemerintahan.Ia juga sebagai perantaraan antara orang Melayu dengan penjajah Inggeris. Antara lain ialah menggalakkan orang Melayu
menumpukan perhatian terhadap negeri dan hak-hak mereka serta memajukan orang Melayu dalam bidang siasah (politik) dan pelajaran. Ianya juga dapat menggalakkan orang Melayu mendapat pelajaran tinggi dan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.Selain itu, turut menjadi perantaraan bagi orang Melayu menyuarakan kehendak mereka kepada Kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjaga kepentingan orang Melayu di Singapura. KMS menggesa orang Melayu bersatu-padu dan bekerjasama demi kepentingan orang Melayu. KMS Berjaya mendesak Kerajaan Selat memberikan sebuah kawasan untuk orang Melayu. Tanah kawasan itu seluas 251 hektar. Kawasan itu telah didirikan KampungMelayu. Selain itu, KMS juga mendesak Kerajaan Negeri Selat menubuhkan Sekolah Pertukangan bagi orang Melayu pada tahun 1929. Kejayaan KMS di Singapura adalah besar sehingga cawangan-cawangannya ditubuhkan di Pulau Pinang dan Melaka dalam tahun 1937. Keseluruhannya, penubuhan KMS telah memberi ilham kepada beberapa orang Melayu untuk memperjuangkan kebebasan dan kepentingan orang Melayu.Bagi Kesatuan Melayu Singapura, Eunos tentulah merupakan presiden pertubuhan politik Melayu yang pertama juga.
Bagaimanapun peranan Eunos dalam meniupkan semangat nasionalisme tidaklah begitu ketara kerana oleh banyak kalangan, dia dianggap Melayu yang taat pada Inggeris. Apa juga yang tersirat di sebalik usaha menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura, ia tetap merupakan langkah yang baik ke arah penyatuan Melayu. Dan langkah itu meninggalkan kesan ke atas perjuangan Melayu. Walaubagaimanapun perjuangan golongan sederhana itu tidak berasaskan kepada mana-mana pertubuhan politik. Kegiatan yang bersifat sederhana itu telah mendapat perhatian dari pemerintah Inggeris. Kesan perjuangan mereka telah terbukti dalam tahun-tahun 1930-an apabila Gabenor Cecil Clementi Smith merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, melaksanakan rancangan desentralisasi yang menunjukkan sikap menyebelahi Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu.
Pada penggal kedua 1930-an muncul sebuah lagi organisasi tidak rasmi yang menjadi tempat Melayu menghimpunkan suaranya. Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) telah ditubuhkan pada 7 April 1934. Dinamakan Sahabat Pena, organisasi itu berjaya mengumpulkan belasan ribu ahli, yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak Melayu dari Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah yang menyedari akan pentingnya mempertahankan hak. Ianya dikendalikan oleh akhbar Saudara yang menyediakan ruangan untuk ahli-ahlinya menulis, berkenalan dan bertukar pendapat antara satu sama lain bagi memajukan diri sendiri dan bangsa.Secara tidak langsung telah mengeratkan lagi perpaduan antara ahlinya. Kerana itulah organisasi ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada ahlinya. PASPAM Merupakan sebuah parti yang menjadi asas kepada kesedaran perpaduan. Pada tahun 1939 Sahabat Pena dikatakan mempunyai ahli lebih 12,000 orang - jumlahyang tidak boleh dipandang kecil jika diambilkira latar belakang komunikasi pada waktu itu. Kesedaran Melayu untuk bangkit dan bersatu itu bukanlah kerana pendidikan dan bukan kerana ilmu. Majoriti Melayu tidak berpeluang menimba ilmu sehingga mampu mencetuskan kesedaran sedemikian di jiwa mereka.
PASPAM merupakan pertubuhan Melayu yang pertama meliputi seluruh Tanah Melayu. Pertubuhan ini membolehkan kaum Melayu dari seluruh negara bertemu dan mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum Melayu. Sebagai satu cara untuk menegaskan kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya, persatuan ini menganjurkan cogan kata “Hidup Bahasa, Hiduplah Bangsa”. Pada bulan November 1934, PASPAM telah mengadakan persidangan kebangsaannya yang pertama di Taiping. Persidangan ini merupakan mesyuarat pertama di peringkat kebangsaan yang diadakan di kalangan orang Melayu. Sungguhpun tiada sebarang keputusan tetap diambil dalam persidangan tersebut tetapi ia merupakan pendorong yang membawa kepada pertambahan anggotanya. Persidangan seterusnya diadakan di Pulau Pinang, Singapura, Ipoh dan Seremban. Menjelang bulan Mei 1935, PASPAM mempunyai keahlian lebih daripada 1000 orang di seluruh Tanah Melayu dan ini meningkat kepada hamper 10000 orang ahli menjelang pertengahan tahun 1937 dan seterusnya meningkat lagi menjadi 12000 orang. Pemimpin-pemimpin utama PASPAM ialah Syed Alwi, S.M. Zainal Abidin, Syeikh Abdullah al-Maghribi dan Hamidun bin Mohammad Hashim. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1940 perpecahan telah berlaku di kalangan pemimpin PASPAM kerana kebanyakan mereka tidak puas hati terhadap pemimpin pusat Pulau Pinang yang terdiri daripada mereka yangberketurunan Arab dan India Islam. Namun demikian, PASPAM telah memainkan peranan penting dalam perkembangan nasionalisme Melayu.
Selain itu, pergolakan politik di Indonesia telah memberi perangsang kepada pemimpin-pemimpin Melayu terutama yang bersifat radikal untuk bergiat lebih aktif. Oleh sebab itu, pada awal tahun 1938, Ibrahim Yaacub dan Ishak Haji Muhammad dengan bantuan Onan Haji Siraj, pensyarah Maktab Teknik Kuala Lumpur, Abdul Karim Rashid, Hassan Maran,dan Haji Othman bin Abdullah,Mustaffa Haji Hessein, pensyarah Pertanian Serdang, serta Ahmad Boestamam telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda. di Kuala Lumpur. Kebanyakan pemimpin-pemimpin ini adalah bekas penuntut MPSI. KMM merupakan pertubuhan Melayu bersifat politik yang pertama di Tanah Melayu serta bersifat radikal kerana mengamalkan dasar tidak bekerjasama dan menyuarakan pertentangan secara terbuka terhadap British.Tujuan Penubuhan KMM ialah untuk menanamkan semangat perpaduan dan kesedaran di kalangan orang Melayu serta mempertahankan hak. Mereka juga berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Antara lain bercita-cita menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk mewujudkan Melayu Raya. Kebanyakan anggotanya terdiri daripada guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Mereka mengadakan pakatan sulit dengan Jepun untuk menentang British. KMM menerbitkan akhbar-akhbar seperti Warta Malaya, Majlis untuk membangkitkan perasaan anti British dan memperjuangkan cita-cita KMM. serta menyebarkan dasar tidak bekerjasama sebagai matlamat perjuangannya. KMM juga mendapat sambutan baik dari bekas pelajar Melayu yang menjadi guru sekolah Melayu dan guru dan penuntut sekolah agama dari Madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang dan dari Ilhaya Assyariff di Gunung Semanggul, Perak selain mendapat sambutan baik bekas penuntut MPSI. Hasil dari sokongan mereka, pergerakan KMM telah meluas dan ia mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat Melayu.
Pada tahun 1940, beberapa cawangan KMM telah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Di Selangor, ia dipimpin oleh Ahmad Boestamam, di Perak oleh Raja Shariman, di Pulau Pinang oleh Puteh Badri, di Kedah oleh Muhammad Arif, di Negeri Sembilan oleh Jaafar Sidek, di Melaka oleh Muhammad Isa, di Muar oleh Haji Abdul Hamid Fadzil, di Batu Pahat oleh Illias Karim, di Singapura oleh Ishak Haji Muhammad, di Pahang oleh Muhammad Yassin Salleh, di Terengganu oleh Ibrahim Fikri, di Kelantan oleh Abdul Kadir Adabi dan di Petani oleh AbdulRasihd.
Pergerakan KMM yang bersifat anti penjajah dan tidak mahu bekerjasama telah menimbulkan kebimbangan kepada pihak Inggeris. Pemerintahan Inggeris bertambah curiga apabila melihatkan adanya hubungan rapat antara KMM dengan pemimpin Indonesia terutama pemimpin komunis. KMM juga mendapat bantahan daripada golongan yang berpendidikan Inggeris dan golongan bawahan. Golongan berpendidikan Inggeris membantah KMM kerana KMM bersikap anti birokrasi. Golongan bawahan membantah KMM pula disebabkan mereka masih mengharapkan kepimpinan daripada sultan-sultan dan golongan aristokrat yang dianggap sebagai pelindung masyarakat Melayu dan rakyat jelata tidak tertarik dengan idea penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia. Ternyata perjuangan KMM yang terlalu radikal tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin KMM sendiri seperti Ishak Haji Muhammad. Beliau berpendapat KMM hendaklah lebih memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dalam pentadbiran, pelajaran dan ekonomi supaya orang Melayu tidak tertindas oleh orang mendatang.Oleh sebab kegiatan KMM dianggap telah membahayakan kedudukan Inggeris, maka pada 1941, kira-kira 150 anggota KMM telah ditangkap oleh British dan dipenjarakan di Singapura. Antaranya ialah Ibrahim Yaacub, Ishak Haji Muhammad, Hassan Manan, Idrus Hakim, Sutan Jenin dan Ahmad Boestmam yang akhirnya di bebaskan semasa pemerintahan Jepun. Akhirnya pada tahun 1942 KMM diharamkan oleh Jepun. Pada akhir tahun 1930-an banyak persatuan bersifat kenegerian ditubuhkan seperti Persatuan Melayu Perak (1937), Persatuan Melayu Pahang(1938), Persatuan Melayu Selangor (1938), Persatuan Melayu Negeri Sembilan(1938), Persatuan Melayu Pulau Pinang (1937) dan Persatuan MelayuKelantan(1939). Lain-lain persatuan adalah seperti Persatuan Melayu Melaka (1937),Persatuan Melayu Serawak (1939) dan Persatuan Melayu Johor (1939).
Tujuan utama penubuhan persatuan-persatuan ini adalah untuk meningkatkan ekonomi dan sosial orang Melayu. Persatuan-persatuan ini dianggotai oleh cerdik pandai Melayu yang berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan British manakala perjuangan mereka bersifat sederhana. Mereka menunjukkan taat setia yang kuat kepada Raja-Raja Melayu dan bekerjasama dengan British. Ini kerana mereka dapat mendesak British memberi lebih banyak peluang kepada orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan. Untuk penjelasan yang lebih terperinci, maklumat bagi setiap persatuan akan dihuraikan serba sedikit. Persatuan Melayu Selangor ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kuala Lumpur. Pemimpin-pemimpin utamanya berasal daripada golongan pemerintah yang kebanyakannya berpengetahuan Inggeris. Antaranya ialah Tengku Ismail bin Tengku Mohammad Yassin, Raja Bon bin Raja Yahya, Raja Yaacob bin Raja Alang dan Raja Uda bin Raja Mohammad. Pertubuhan ini bergerak sebagai sebuah pertubuhan politik. Tujuan-tujuannya ialah untuk mendesak Kerajaan Inggeris supaya menambahkan bilangan pegawai Melayu dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor dan memperbaiki taraf pendidikan,sosial dan kebajikan orang Melayu . Mereka meminta agar memperuntukkan jawatan-jawatan penting seperti Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah tinggi untuk orang Melayu.Mereka turut mahu memperluaskan peluang pendidikan di peringkat pengajian tinggi bagi orang Melayu. Keanggotaan askar melayu juga mulai bertambah dan menubuhkan angkatan laut dan udara Tanah Melayu. Persatuan ini juga telah membuat beberapa bantahan dan permintaan terhadap Kerajaan Inggeris. Antaranya ialah membantah cadangan Inggeris untuk menubuhkan sebuah universiti pada tahun 1938 kerana orang Melayu yang layak memasuki universiti masih belum mencukupi.Kemudian, mereka turut membantah Undang-undang Simpanan Tanah Melayu yang dianggap sebagai satu cara Kerajaan Inggeris untuk menyekat kegiatan ekonomi orang Melayu.Selain itu, mereka juga mendesak Kerajaan Inggeris supaya bilangan askar Melayu diperbesarkan lagi sehinggamenjadi 10 batalion dan sebuah angkatan udara dan laut Melayu ditubuhkan.
Dalam usaha menjalankan aktiviti-aktiviti ini, Persatuan Melayu Selangor telah
menumpukan taat setia kepada Raja-raja Melayu dan kepada pemerintahan
Inggeris. Selain itu, Kongres Melayu Se-Tanah Melayu yang diadakan pada tahun 1939 dan 1940 merupakan kemuncak kepada kesedaran orang melayu di mana soal kemunduran orang melayu dalam pendidikan dan ekonomi telah dibincangkan. Golongan intelek melayu banyak memberi sokongan selain daripada akhbar-akhbar melayu. Pada tahun 1939 kongres yang pertama diadakan di Kuala Lumpur. Ianya dianjurkan bersama oleh Kesatuan Melayu Singapura dan Persatuan Melayu Selangor. Tujuan diadakan adalah untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan orang Melayu serta membincangkan soal layanan pilih kasih British kepada anak negeri. Secara tidak langsung mereka telah berjaya menghimpunkan wakil daripada semua
persatuan Melayu untuk berbincang memajukan bangsa Melayu. Pada tahun 1940 kongres kedua diadakan di Singapura. Perhimpunan kali ini mereka berjaya menarik lebih banyak penyertaan persatuan Melayu termasuk dari Sarawak dan Brunei. Mereka menyarankan semua persatuan Melayu memajukan orang Melayu di negeri masing-masing. Kongres ketiga tidak dapat diadakan kerana Jepun telah menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941 . Kemuncak kesedaran kebangsaan orang melayu adalah ketika menjelang Perang Dunia Kedua. Melalui kongres ini dapat menggambarkan perpaduan antara orang melayu yang kuat untuk menyelesaikan permasalahan sosioekonomi dan politik mereka. Akhirnya,orang melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini. Persatuan Melayu Perak pula ditubuhkan pada 18 September 1939 di Ipoh oleh 104 orang yang kebanyakannya terdiri daripada kakitangan kerajaan. Pemimpin-pemimpin yang utama ialah Wan Mohammad Nur bin Wan Nasir dan Dr. S. Kassim. Persatuan Melayu Perak merupakan sebuah pertubuhan yang bersifat sederhana. Ia tidak mahu terlibat dalam bidang politik tetapi menumpukan perhatian terhadap kegiatan untuk membaiki taraf sosial dan ekonomi orang Melayu di Perak. Tujuan-tujuan utama persatuan ini adalah untuk menggalakkan kerjasama antara ahli-ahli.Selain itu turut dapat meninggikan taraf pendidikan dan ekonomi orang Melayu serta menggalakkan ahli-ahli melahirkan taat setia kepada kerajaan dan raja.Mereka juga mengadakan kerjasama dengan kerajaan untuk memajukan kepentingan orang Melayu.Sikap sederhana, dasar kerjasama serta sikap tidak mahu terlibat dalam hal politik yang didukung oleh Persatuan Melayu Perak dikecam oleh akhbar Majlis. Akhbar Majlis menyatakan bahawa Persatuan Melayu Perak yang tidak berbau politik tidak dapat memperbaiki keadaan orang Melayu.
Bagi Persatuan Melayu Semenanjung pula, ianya ditubuhkan dalam tahun 1930,tetapi persatuan ini tidak mendapat sambutan kerana semangat kenegerian yang terlalu kuat.
Persatuan Melayu Pahang pula ditubuhkan pada bulan Mac 1938 di bawah pimpinan Tengku Muhammad bin Sultan Ahmad, seorang kerabat raja. Tujuan persatuan ini ialah untuk memperjuangkan kemajuan sosioekonomi orang Melayu dan menyampaikan masalah orang Melayu kepada Kerajaan Inggeris. Persatuan Melayu Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada 9 September 1938. Pemimpin utamanya ialah Tengku Mohammad Nasir dan Raja Nordin bin Haji Mohammad Tahir. Tujuan utama persatuan ini ialah untuk menjaga dan memajukan kepentingan orang Melayu di Singapura. Kemudiannya, Persatuan Melayu Kelantan ditubuhkan pada 20 April 1939. Pemimpin utamanya ialah Nik Yahya bin Nik Daud, Haji Othman bin Tahir dan Ahmad Ismail. Anggota-anggotanya terdiri daripada golongan kelas atasan yang berpendidikan Inggeris. Tujuan utama persatuan ini ialah untuk menyatukan orang Melayu dan berikhtiar memajukan keadaan ekonomi dan sosialnya.
Sebelum Perang Dunia II orang Cina dan India di Tanah Melayu lebih menumpukan perhatian kepada keadaan yang berlaku di negara asal. Pada awal kurun ke-20 terdapat beberapa pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu seperti Hsing Chong Hui dan Chung Ho Tang. Mereka ini menumpukan perhatian kepada negara China. Terdapat juga orang Cina yang memberi perhatian kepada politik tempatan terutama oleh orang-orang Cina yang lahir di Negeri-Negeri Selat atau Cina Peranakan yang menjadi warganegara British. Pada tahun 1900 Persatuan Orang Cina Peranakan British telah ditubuhkan oleh orang Cina Peranakan yang berpendidikan Inggeris. Antara tokoh-tokohnya ialah Tan Jiak Kim, Lim Boon Keng, Song Ong Siang dan Seah Liang Seah. Presiden pertama persatuan ini ialah Tan Jiak Kim. Antara pengasas utama persatuan ini ialah Lim Boon Keng. Tujuan penubuhannya untuk melindungi
kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-Negeri Selat. Selain itu juga menggalakkan orang Cina Peranakan memperoleh pendidikan tinggi dan teknikal . Mereka juga menunjukkan taat setia kepada British. Bagi orang Cina yang dilahirkan di Tanah Melayu atau negeri Selat mereka menubuhkan Strait Born Chinese British Association pada tahun 1949 untuk menunjukkan kesetiaan mereka terhadap Tanah Melayu. Pemimpin utama persatuan ini ialah Tan Cheng Lock. Beliau telah dilahirkan di Melaka serta berpendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka dan Raffles Institution di Singapura. Pada tahun 1923 hingga beliau 1934 telah dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri- Negeri Selat.
Pertubuhan Orang India terpengaruh dengan gerakan kebangsaan di negara asal sebelum Perang Dunia II. Mereka menubuhkan persatuan Persatuan Belia India dan pada tahun 1937 mereka juga menubuhkan Persatuan India Pusat Tanah Melayu(CIAM) dengan tujuan melindungi kepentingan orang India di Tanah Melayu. Pada awal kurun ke-20 golongan cerdik pandai India yang berpendidikan Inggeris menubuhkan persatuan India di bandar-bandar utama seperti Taiping, Kuala Lumpur, Melaka, Klang, Seremban dan Pulau Pinang. Ianya menjadi perintis kepada pembentukan pertubuhan yang menyatukan orang India di Tanah Melayu. Pada tahun 1039 pula Persatuan India Pusat Tanah Melayu ditubuhkan yang dipimpin oleh A.M.Soosay. Ianya merupakan gabungan 12 buah persatuan India dan 4 dewan perniagaan India. Tujuannya adalah untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu.
Di Sarawak dan Sabah,terdapat juga kegiatan-kegiatan politik.Persatuan Melayu Sarawak telah ditubuhkan pada 1939.Matlamat persatuan ini ialah untuk memajukan orang Melayu Sarawak dalam segala lapangan, menjaga kepentingan mereka serta memupuk kerjasama di kalangan orang Melayu Sarawak.Sementara itu di Sabah pula terdapat beberapa persatuan bersifat sosio-ekonomi penduduk tempatan. Terdapat juga cawangan PASPAM yang menumpukan kepada isu-isu pendidikan.
Kesimpulannya, badan-badan serta kesatuan yang ditubuhkan oleh orang Melayu dan bukan melayu banyak membantu dalam membangkitkan semangat nasionalisme ke dalam jiwa masyarat Tanah Melayu. Persatuan- persatuan yang dibentuk oleh orang melayu bermula pada abad ke-20 banyak membincangkan persoalan ekonomi, pendidikan, bahasa sastera, perpaduan,dan pembelaan politik. Antara persatuan yang aktif ketika itu ialah Kesatuan Melayu Singapura(KMS),PASPAM,Persatuan Negeri,KMM,dan Kongres Melayu

Peranan Golongan Guru Dan SITC

Perkembangan semangat kebangsaan ini diteruskan oleh golongan berpendidikan Melayu dan Inggeris kemudiannya namun dalam bentuk perjuangan yang berbeza. Hal ini kerana melalui pelajar yang mendapat pendidikan Melayu bentuk perjuangan adalah melalui cara yang lebih radikal di mana mereka inilah dikatakan sebagai haluan kiri oleh British. Mereka ini terdiri daripada guru dan wartawan di mana Sultan Idris Teacher College ( SITC )memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan semangat
kebangsaan ini. Penubuhan SITC dianggap sebagai satu era baru yang menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu. Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat, Tuan Wolffe dalam ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa, hari tersebut manandakan hari bersejarah bagi orang-orang Melayu kerana ia (Penubuhan SITC) merupakan titik tolak dalam perkembangan vernakular Melayu. Menurutnya lagi, orang-orang Melayu merasakan suatu pengiktirafan besar serta penghargaan yang tiada tolok bandingnya bagi peningkatan taraf pelajaran anak-anak Melayu . SITC terdiri daripada guru-guru Melayu yang berperanan sebagai pemimpin masyarakat. Mereka telah menyedari masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka berazam untuk mengatasi masalah ini dan memperkenalkan satu generasi baru orang Melayu yang akan membela bangsa dan negara mereka. SITC disifatkan sebagai ‘The Cradle of Malay Nationalism’. Warga SITC berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Ia dilakukan melalui penyampaian matapelajaran iaitu melalui syarahan matapelajaran sejarah. Oleh kerana kekurangan buku untuk dijadikan bahan bacaan maka buku-buku daripada Indonesia di bawa ke negeri-negeri Melayu menyebabkan penuntut SITC terpengaruh dengan ideologi Indonesia yang ketika itu sibuk menentang dan menuntut kemerdekaan daripada Belanda. Kesannya apabila selesai belajar di SITC penuntut-penuntut ini telah dihantar ke merata sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu secara tidak langsung mengembangkan fahaman semangat kebangsaan kepada murid-murid melalui pengajaran mereka. Antara contoh keluaran SITC adalah Ibrahim Haji Yaakob yang menubuhkan Kesatuan Melayu Muda ( 1938 ) di mana beliau telah membeli Warta Malaya di Singapura dengan bantuan wang dari Jepun. Beliau telah menjadi ketua pengarang dan menerbitkan rencana-rencana yang mengandungi isu-isu anti-british. SITC turut menerbitkan majalah Cenderama 1923 dan majalah Guru 1924 menyiarkan pendapat penuntut.
Selain itu, graduan-graduan SITC telah menubuhkan Persatuan Sastera Melayu pada tahun 1923 untuk menggalakkan pertumbuhan sastera Melayu melalui novel Melur Kuala Lumpur karya Harun Mohd. Amin. Karya-karya yang diterbitkan oleh ahli-ahli persatuan ini telah membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Pada tahun 1929 dan 1930 pula, Ibrahim Yaacob semasa di SITC menubuhkan 2 buah pertubuhan bercorak politik iaitu “Ikatan Semenanjung-Borneo” dan “Ikatan Pemuda Pelajar”. Pertubuhan ini telah menyedarkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu supaya mereka sedar akan nasib buruk bangsa mereka.
Keseluruhannya, kesemua usaha ini telah menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Antara tokoh nasionalis terkenal ialah Harun Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaacob dan Abdul Hadi Hassan. Harun Aminurrashid adalah tokoh pejuang kebangsaan lepasan SITC. Beliau merupakan guru yang bersemangat kebangsaan. Beliau juga merupakan penulis yang aktif mempelopori penulisan puisi bertemakan semangat kebangsaan. Abdul Hadi Hassan pula adalah seorang pensyarah SITC. Beliau sentiasa menanamkan semangat cinta akan bangsa
dan negara kepada para pelajarnya.
Kesimpulannya, perkembangan pendidikan Tanah Melayu telah melahirkan satu golongan intelektual yang terpelajar. Golongan terpelajar ini telah terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah-falsafah politik seperti demokrasi, liberalisme, sistem parlimen dan perlembagaan serta nasionalisme.. Jadi, golongan guru dan SITC ini memainkan peranan yang penting dalam membantu meniup semangat nasionalisme ke dalam diri penduduk Tanah Melayu.

KESAN TERHADAP PERKEMBANGAN NASIONALISME NEGARA
Walaupun pergerakan sebelum perang dunia kedua tidak Berjaya membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajahan, namun pergerakan ini berjaya meninggalkan beberapa kesan positif sebagai satu asas kepada kemerdekaan pada tahun 1957. Kesan yang pertama ialah, fahaman kebangsaan, kedaerahan dan kenegerian dapat dihapuskan dan diwujudkan pula semangat kekitaan. Kesan kedua ialah orang melayu amat menyedari bahawa mereka memang ketinggalan dalam bidang ekonomi di negara mereka sendiri berbanding dengan kaum imigran. Seterusnya, mereka menyedari tentang kepentingan pendidikan bagi pencapaian mobiliti sosial. Atas kesedaran ini kaum petani dan nelayan mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah melayu dan inggeris. Kesan akhir dan terpenting ialah kegiatan pergerakan kebangsaan ini teah diteruskan selepas perang dunia ke dua terutamanya yang berpendidikan inggeris seperti raja chulan dan dato onn jaafar, sehingga Berjaya mendapat kemerdekaan dari pihak inggeris. Antara lain ialah kemunculan parti–parti politik yang tersusun seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Perpaduan kaum juga dapat diwujudkan kesan daripada perkembangan nasionalisme ini.
Kesimpulannya, perkembangan nasionalisme Negara telah membawa impak yang positif terhadap penduduk Tanah Melayu terutamanya terhadap proses memerdekakan Tanah Melayu. Walaupun terdapat banyak halangan serta cabaran yang perlu ditempuhi namun semuanya dapat diharungi sehinggakan wujudnya kesan-kesan positif terhadap perkembangan nasionalisme Negara kita.

PENUTUP
Apabila kita melihat sejarah perjuangan pejuang kemerdekaan di Malaysia (Tanah Melayu sebelum itu), kita tidak akan lari dari membincangkan kehebatan penentangan oleh tokoh-tokoh seperti Datok Bahaman di Semantan, Datuk Kelana di Sungai Ujong, dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu. Hakikatnya, penduduk Tanah Melayu tidak pernah memikirkan untuk keluar daripada kepompong penjajah secara serius sebelum memasuki abad ke-20. Penentangan terhadap penjajah pada era sebelumnya adalah lebih bersifat individu. Kepentingannya juga adalah kepentingan individu, atau paling lebih kelompok kecil yang diwakili oleh individu itu,bukannya bangsa Melayu secara keseluruhan. Walaupun kebanyakkan gerakan kemerdekaan ini gagal kerana
kekurangan senjata, kurang sokongan daripada orang Melayu (kesatuan) dan masalah perhubungan komunikasi, namun gerakan awal penentangan ini telah membawa kepada kebangkitan gerakan nasionalisme yang lebih besar dan membawa kesan yang baik terhadap proses kemerdekaan. Perlu diingatkan, kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai. Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.

BIBLIOGRAFI
Barbara Watson dan Leornad Y. Andaya ( 1982 ) Sejarah Malaysia,
MacMillan Publishers, Kuala Lumpur, Bab 7.
John Bastin dan Harry J. Benda, 1972,Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur,
Mokhtar A.Kadir ( 1991 ) Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia dalam Politik
Antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Bab 2.
R. Suntharalingam, Abdul Rahman Ismail, 1985, Nasionlisme Satu Tinjauan
Sejarah, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya,
Tan Ding Eing, 1975/1979 Sejarah Malaysia Dan Singapura, Penerbit Fajar
Bakti,
William R Roof, 1967 The Origins Of Malay Nationalism, Universiti Malaya Press,
Kuala Lumpur,(2004) This is a Title of a Web Page





1 comment:

  1. bagaimanakah semangat nasionalisme boleh diterapkan ke dalam jiwa rakyat di negara kita

    ReplyDelete

KAMUS FREE