Wednesday, October 14, 2009

PEMBENTUKKAN MALAYSIA

SEJARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
 Berlaku selepas enam tahun merdeka iaitu pada 16 September 1963
 Penggabungan ini telah disuarakan oleh pelbagai pihak seperti David Marshall, Ghazali Shafiee, Tan Cheng Lock, Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman
 Menurut Nordin Sopiee (1974) dalam buku beliau yang bertajuk ‘ From Malayan Union to Singapore Separation’ : Idea penggabungan gagasan Malaysia sebenarnya telah lama timbul di kalangan pemimpin di Asia Tenggara dan pihak British pada tahun 1888 dan lebih serius pada tahun 1932 setelah British berjaya menguasai sembilan negeri Melayu serta Sarawak dan Borneo
 Terdapat tentangan daripada beberapa tokoh di Asia seperti A.M Azahari di Brunei dan Ahmad Boestamam di Malaya. Mereka memberikan cadangan yang lain seperti gabungan Alam Melayu
 Tunku mengunakan kaedah tunggu dan lihat bagi mendapatkan pandangan daripada semua pihak Pada 27 Mei 1961 dalam satu majlis dengan wartawan Asia Tenggara di Hotel Adelphi,
Singapura, Tunku dengan rasminya melahirkan hasratnya untuk membentuk Malaysia
 Hasrat Tunku ini berdasarkan kajian dan perundingan yang telah dijalankan seperti pertemuan dengan Lee Kuan Yew pada bulan Januari 1961 dan tinjauan Datuk Senu Abdul Rahman ke Sabah, Sarawak dan Brunei serta pertemuan dengan Mac Milan di London
FAKTOR MENDORONG PEMBENTUKAN MALAYSIA

A) POLITIK
 MENGELAK ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS
- Pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP)- People’s Action Party berhaluan kiri tubuhkan barisan Sosialis yg dipimpin oleh Lim Chin Siong. Kekalahan PAP dlm pilihanraya 1961 menyebabkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura.
- Perkembangan yg berlaku di Singapura membimbangkan Tunku Abd Rahman. Penyatuan Singapura dgn Tanah Melayu dpt menyekat pengaruh komunis
- Pengaruh komunis juga aktif di Sarawak seperti Parti Bersatu Rakyat Sarawak dipengaruhi idealogi komunisme.

B)MEMPERCEPATKAN KEMERDEKAAN
- Mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak.
- dapat menamatkan penjajahan British di Asia Tenggara.
C)EKONOMI
 Kerjasama ekonomi
- negara-negara anggota kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu untuk faedah ekonomi.
- Persekutuan Malaysia dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Tanah Melayu kaya dengan sumber bijih timah dan Brunei dengan sumber minyak.


D)SOSIAL

E)KESEIMBANGAN KAUM
- Percantuman dgn Singapura boleh menimbulkan masalah kaum yang tidak seimbang di Tanah Melayu. Lebih 75% penduduk Singapura terdiri drpd kaum Cina. Komposisi kaum Melayu 50% dan Cina 30% di Tanah Melayu.
- Bagi keseimbangan kaum, Sabah dan Sarawak perlu digabungkan kerana mempunyai 70% kaum bumiputra.

REAKSI AWAL TERHADAP GAGASAN
Setelah Tunku mengisytiharkan keinginannya untuk bergabung terdapat pelbagai reaksi daripada setiap negeri:

SINGAPURA
• Lee Kuan Yew menunjukan minat yang ketara
• Terdapat tentangan apabila pengaruh parti sepihan People’s Action Party (PAP ) seperti parti sosialis bernama United People ‘s Party (UPP) yang berhasrat memerdekakan Singapura
mengikut ideologi mereka
• PAP semakin terdesak apabila mereka kalah dalam pilihan raya kecil

BRUNEI
 Pada peringkat awal tidak mendapat sokongan yang penuh daripada rakyat
 Mereka ingin merdeka dengan sendiri terlebih dahulu
 Sultan Omar Ali Saifuddin sangat berminat dengan idea penggabungan
 Parti Rakyat Brunei pimpinan Ahmad M. Azahari menentang dengan membawa idea gabungan Borneo Utara British dan Sarawak dengan nama Kalimantan Utara
 Kemuncaknya berlaku penentangan bersenjata tetapi dipatahkan oleh Sultan dengan bantuan British

SABAH DAN SARAWAK
• Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk atas alasan inginkan kemerdekaan daripada pihak Inggeris
• Ancaman komunis juga telah menguatkan lagi keinginan untuk bergabung
• Namun terdapat juga kebimbangan terhadap dominasi orang Melayu terhadap bukan Melayu
• Parti Sarawak National Party (SNAP) menentang pembentukan Malaysia diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan di Sarawak.
• Di Sabah, Parti UNKO(United National Kadazan Organization) dipimpin oleh Donald Stephen tentang pembentukan Malaysia.

MALAYA
• Sebelum 1961 terdapat golongan dalam UMNO yang menimbang untung dan rugi rancangan ini kerana bimbang pengaruh Singapura
• Selepas kesediaan Sabah dan Sarawak kebimbangan mereka lenyap
• PAS menentang atas alasan merugikan orang Melayu dan mencadangkan konsep MAPHILINDO yang terdiri daripada Malaya, Filipina dan Indonesia

BRITAIN
• British bersetuju dengan rancangan ini bagi menjaga kepentingan pelaburan mereka
• Perdana Menteri Komanwel, Harold Mac Milan merasakan penggabungan ini dapat menjamin
keselamatan Singapura dan memberi kebaikan kepada pulau tersebut

SURUHANJAYA COBBOLD
 Ditubuhkan pada Jan 1962 untuk mendapat pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia.
 Dipengerusi oleh Lord Cobbold. Anggota:
a) Sir Anthony Abell wakil British
b) Sir David Watherston
c) Tan Sri Mohd Ghazali Shafie wakil Tanah Melayu
d) Dato’Wong Pow Nee
 Tinjauan dibuat antara 19 Feb hingga 18 April 1962. Hasil laporan mendapati 80% daripada rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai penubuhan Malaysia.
Antara syor suruhanjaya Cobbold :
i) Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK) ditubuhkan Ogos 1962
ii) Persekutuan Tanah Melayu ditukar kpd Persekutuan Malaysia
iii) Kuasa autonomi dan jaminan khas dlm beberapa perkara diberi
kpd Sabah dan Sarawak.
iv) Kedudukan istimewa kaum peribumi Sabah dan Sarawak
v) Kuasa imigresen dan agama masih di bawah Dewan
Undangan di Sabah dan Sarawak.
INDONESIA
 Indonesia: pada peringkat awal, menerusi menteri Luarnya, Dr. Subandrio, telah memberikan sokongan kepada pembentukan Malaysia
 Presiden Sukarno telah melancarkan dasar konfrontasi menentang Malaysia secara rasmi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Sukarno mendakwa penubuhan Malaysia satu bentuk penjajahan baru dan memastikan penguasaan British ke atas getah, bijih timah dan minyak.
 Indonesia bertindak menyerang sempadan Johor, Sarawak dan Sabah untuk tujuan perisikan dan pengintipan. MAPHILINDO ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah
 30 September 1965, tentera Indonesia Berjaya menumpaskan cubaan rampasan kuasa oleh PKI – konfrontasi semakin berkurangan
 16 Ogos 1966 hubungan diplomatik dipulihkan

FILIPINA
 Filipina - Presiden Macapagal mendakwa bahawa Sabah adalah sebahagian daripada kesultanan Sulu yang menjadi milik Filipina
 Tetapi pada 22 Januari 1878 Sultan Jamal Azam telah menandatangani perjanjian dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent untuk menyerahkan / memajak Borneo Utara (Sabah)
 Sultan Sulu dan Filipina beberapa kali cuba untuk mendapatkan kembali Sabah
 Idea penubuhan Malaysia telah membangkitkan isu tersebut
 Beliau telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaya
 British menolak tuntutan Filipina.


MASALAH BRUNEI
 Pada awal menyokong tetapi akhirnya Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin membatalkan hasrat menyertai Malaysia.
 Antara tuntutan Brunei:
- tuntut 10 kerusi parlimen
- kuasai semua hasil minyak
- kekal semua pelaburan
- kadar cukai yang rendah
 Tuntutan paling utama soal kekuasaan baginda dan hasil minyak.
 Tentangan dari A.M. Azahari dari Parti Rakyat Brunei (PRB) mencetuskan pemberontakan bersenjata pada 8 Dis 1962 menentang kemasukan Brunei dalam Malaysia.

SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA
Sebab-sebab:
 Perlembagaan : isu ekonomi dan kewangan yang melibatkan penyelarasan perindustrian dan percukaian
 Persaingan Politik PAP dan MCA: PAP melanggar janjinya untuk hanya terlibat dalam kegiatan politik di Singapura dan mereka berminat untuk menggantikan MCA sebagai parti politik orang Cina. Tunku menyifatkan PAP sebagai sebuah parti perkauman Cina dan tidak
diperlukan.
 Masalah perkauman: Orang Melayu Singapura diabaikan dan berlaku rusuhan kaum di Singapura pada Julai dan September 1964. Konsep Malaysian Malaysia yang dibawa oleh PAP telah mengenepikan institusi beraja dan mencabar kedudukan istimewa orang Melayu
– Lee Kuan Yew telah membentuk gabungan parti politik yang menjurus kepada bentuk perkauman dan mendesak persamaan hak dengan orang Melayu Perbezaan pendekatan Perikatan dan PAP: PAP mahu mewujudkan masyarakat ‘bukan perkauman secara serta merta’ manakala Perikatan yang diketuai UMNO mahukan ianya ditangani secara beransur-ansur dan
tidak mahu diadakan debat secara terbuka bagi mengelakkan berlakunya kekacauan akibat daripada isu- isu perkauman
 Akibat daripad ketegangan yang berlaku antara kerajaan Persekutuan dengan Singapura, pada 9 Ogos 1965 secara rasmi Singapura keluar dari Malaysia.
PENUTUP
 Pembentukan Malaysia melibatkan penyertaan Tanah Melayu bersama Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak.
 Pembentukan Malaysia mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.
 Penentangan daripada Indonesia (Konfrontasi Indonesia) dan Filipina (tuntut Sabah).
 Pengisytiharaan penubuhan Malaysia dibuat pada 16 September 1963.




No comments:

Post a Comment

KAMUS FREE